Banyak kedai di tutup di Medan Selera, Masjid Putra. Mengapa? Pelik sungguh. Kali terakhir, Alam ke sana pada 22 Disember 2006 untuk makan lunch selepas solat Jumaat. Pada masa tu, ramai orang. Kedai pun semuanya buka, tak ada yang kosong. Tapi berbeza pada hari ini 9 Januari 2007. Alam mendapati 4 buah kedai kosong ; 1 kedai masakan campur, 1 kedai masakan pantai timur, 1 kedai masakan ala-ala Cina dan 1 kedai makan barat. Pelik-pelik pelik......dan Tahun Melawat Malaysia 2007, kedai pulak kosong. Kalau anda turun tangga, pusing ke sebelah kiri dan anda akan dapati 2 buah kedai sahaj yang beroperasi iaitu Nasi Ayam dan Nandos. Di sebelah kanan, masih sama dan semua beroperasi.
Ingat masa dulu-dulu Souq Mesjid Putra, memang popular. Sampai diwar-warkan dalam sebuah radio tempatan. Apa dah jadi sekarang? Mana kedai-kedai dahulu yang menjualkan pelbagai barangan? Dah tak ada. Diharapkan sesuatu perubahan akan berlaku seberapa segera.
No comments:
Post a Comment