18 January 2007

Dariku Untukmu

Jalan-jalan, singgah sekejap ditepi jalan. Cuaca indah kurniaan Illahi. Langit membiru disaluti pulau-pulau awan putih. Melihat jambatan yang lurus yang dihiasi dengan pepohon menghijau sambil ditemani oleh bunga-bunga mengembang indah. Air tasik membiru meluas, berombak ditiup oleh angin-angin. Ku, bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah. Lalu ia membangkitkan semangat perjuangan dalam diri. Cuaca pagi begitu menyerlah. Aku akan teruskan perjalanan bagi mengejar impian bagi sejuta harapan. Pasti anda juga mempunyai sasaran untuk dicapai. Kejayaan pasti menanti. Teruskan usaha. Bagi yang masih leka, inilah masa untuk berubah. Ku doakan yang terbaik untuk anda.





No comments: