Embun pagi memulakan hari ini. Terima kasih Ijam, antar pagi ini. Almaklumlah, kereta tinggal di pejabat, balik sini lewat malam, terus balik rumah. Apa-apa pun minggu ini antara yang mencabar dalam dairi mingguan. Doakan yang terbaik untuk Alam.
29 January 2007
26 January 2007
Bos Belanja
24 January 2007
23 January 2007
22 January 2007
2007, Permulaan
Terima kasih Puan dan terima kasih semua. Apa yang Alam terima sesuatu yang tak diguna. Alhamdulilah, rezeki datang lagi. Kalau di Tahun 2006, Anugerah Kembara Ilmu memulakan tirai Tahun 2006, kini jendela 2007 dimulakan dengan Anugerah Personnel Of The Month. Bersyukurku panjatkan pada Allah. Terima kasih semua atas sokongan anda. Ini merupakan motovasi lonjakan paradigma yang lebih mantap lagi di Tahun 2007. Jangan lupa iSUFR....apa tuh? Tunggu dan lihat. PM bakal launching nanti. He he he he.
18 January 2007
Dariku Untukmu
Jalan-jalan, singgah sekejap ditepi jalan. Cuaca indah kurniaan Illahi. Langit membiru disaluti pulau-pulau awan putih. Melihat jambatan yang lurus yang dihiasi dengan pepohon menghijau sambil ditemani oleh bunga-bunga mengembang indah. Air tasik membiru meluas, berombak ditiup oleh angin-angin. Ku, bersyukur kerana masih dipanjangkan umur. Alhamdulillah. Lalu ia membangkitkan semangat perjuangan dalam diri. Cuaca pagi begitu menyerlah. Aku akan teruskan perjalanan bagi mengejar impian bagi sejuta harapan. Pasti anda juga mempunyai sasaran untuk dicapai. Kejayaan pasti menanti. Teruskan usaha. Bagi yang masih leka, inilah masa untuk berubah. Ku doakan yang terbaik untuk anda.
17 January 2007
Kembali !!!
Ramai yang bertanya," Mana ko pergi?. Lama bercuti...." Kawin ker? Tunang ker? Gie oversea ker? Sakit ker? Macam-macam anggapan. Apa-apa pun, kemunculan pada hari ini sungguh mengembirakan semua. Semua dah nampak saya pada hari ini. Maklumlah, banyak tugasan di bahagian yang kena siapkan dahulu. Dah settle, baru mudah sikit nam berbincang. Kemunculan di MPT dan BKP membuatkan ramai yang tersenyum manis....menyapa kehadiran Alam. Terima kasih semua.
16 January 2007
14 January 2007
Bikin apa ni?
Singgah Sekejap @ Restoran Sari Indah
Dekorasi Mudah Tapi Menarik
Subscribe to:
Posts (Atom)