23 September 2009

Jom Pekena Dulu

Kalau mai Aloq Staq tak pi Kuala Kedah, memang tak sah. Kena pi sana pekena Laksa Kuala Kedah. Ada juga laksa2 lain yang popular ditempat-tempat lain seperti Laksa Hutan Kampong, Laksa Gelam, Laksa Tanjung Dawai dan sebagainya. Tempat berbeza, citarasa berbeza.

Mimbar.....

Dari mimbar Khutbah setiap Jumaat yang mengajak seluruh umat Islam Beriman dan Bertaqwa serta Beramal soleh.







Ziarah Yang Telah Pergi

ku doakan kesejahteraan mereka disana. Amin


22 September 2009

Perjalanan Pulang Ke Desa Tercinta

Lama tak balik kampung, bila raya baru balik. Kesempatan ini ziarah sanak saudara dan kubur nenek disana.



20 September 2009

1 Syawal di Masjid Al-Bukhary





Aldilfitri 2009 @ Masjid Al-Bukhary

Alhamdulilah tahun ini dapat menunaikan Solat Sunat Aidil Fitri di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar Kedah.

18 September 2009

Salam Aidilfitri ...

Jika ada salah dan silap, Alam menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.

Dia Gembira Dapat Baju Raya...

Kalau balik Alor Setar tak ke Pekan Rabu, memang tak sah. Maklumlah musim hari Raya. Lagi meriah disana. Kali ini Alam membawa si comel Atif membeli baju raya. Susah juga nak cari baju melayu kanak-kanak. Harga pun boleh tahan, macam baju orang dewasa gak. Pusing pi pusing mai, cadangnya nak ke Pekan Rabu tapi cari parking tak de. Alam pun pusing balik dan ke Pasifik cari baju Melayu disitu. Alhamdulilah....ada.


Bazar Ramadhan Taman Wira Mergong

Dimana sahaja, bazar Ramadhan pasti menjadi pilihan ramai. Asalkan ada makanan dijual, disitulah ada pembelinya. Kali ini semperna Alam balik beraya dikampung, Alam pun singgah di Bazar Ramadhan Taman Wira Mergong, Alor Setar. Sama seperti tempat-tempat lain, beraneka juadah dijual disini. Cuma suasana kali ini agak meriah sekali. Sudah pasti ramai yang pulang berhari raya. Jalan Sultanah Sambungan, menjadi jem. Berbeza dengan 15 tahun dahulu. Jalan ini agak lengang dan tiada kenderaan. Masa mengubahkan segalanya. Pembangunan diseluruh negeri pesat dibangunkan. Selamat membeli juadah. Dah nak raya nie.



Jalan agak sibuk diwaktu petang.


Cedok pakcik, jangan tak cedok. Apa yg pakcik nie jual eik...?

Pusing pi pusing mai. Nak beli apa nie?

Sempoi pakcik nie. Pakai kain pi beli juadah. Kalau Alam pakai kain, sure ramai yg usha nanti. Kekekek
Dadih ini kegemaran Alam. Kat sini depa jual RM1 sahaja.

Belilah sekadar untuk berbuka. Jangan membazir.