Dimana sahaja, bazar Ramadhan pasti menjadi pilihan ramai. Asalkan ada makanan dijual, disitulah ada pembelinya. Kali ini semperna Alam balik beraya dikampung, Alam pun singgah di Bazar Ramadhan Taman Wira Mergong, Alor Setar. Sama seperti tempat-tempat lain, beraneka juadah dijual disini. Cuma suasana kali ini agak meriah sekali. Sudah pasti ramai yang pulang berhari raya. Jalan Sultanah Sambungan, menjadi jem. Berbeza dengan 15 tahun dahulu. Jalan ini agak lengang dan tiada kenderaan. Masa mengubahkan segalanya. Pembangunan diseluruh negeri pesat dibangunkan. Selamat membeli juadah. Dah nak raya nie.

Jalan agak sibuk diwaktu petang.


No comments:
Post a Comment