11 September 2008

08 September 2008

Juadah Berbuka

juadah berbuka yang simple untuk hari ni. thanks dolah dan shahrul, korang gi pasar ramadhan. nasi dan sayur, masak sendiri.







PM mahu sektor awam laksanakan segera Bajet 2009

08/09/2008 9:52am


PUTRAJAYA 8 Sept - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kakitangan kerajaan berusaha untuk melaksanakan segala cadangan dalam Bajet 2009 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini dengan sebaik mungkin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, berasaskan prestasi yang ditunjukkan oleh kakitangan awam dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu, mereka seharusnya mampu mengemukakan idea dan perancangan terbaik bagi menjayakan cadangan-cadangan tersebut.

``Kita nak pastikan apa jua cadangan dalam belanjawan mesti dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

``Orang biasanya mengatakan bahawa masalahnya bukanlah disebabkan kekurangan idea yang baik dan rancangan yang baik tetapi kekurangan kemampuan untuk melaksanakannya,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Senator Tan Seri Amirsham A. Aziz serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. - Utusan

07 September 2008

Dimensi With Nora, Amir dan Jehan

Sesi Dimensi With Nora,Amir dan Jehan. Lokasi Bangunan Perdana Putra.

05 September 2008

Koleksi Busana Muslimah

semperna bulan Ramadhan al-Mubarak, koleksi busana muslimah menjadi pilihan untuk ke pejabat.





Bergaya Berbaju Melayu

segak berbaju melayu? emm....bertemakan Baju Melayu Biru

04 September 2008

Berbuka @ Rasa Mas

nak mudah kitorang semua berbuka di Alamanda. hujan renyai-renyai masih ada diluar. nak ke bazar Ramadhan Putrajaya, tak sempat. dari pejabat semua menuju ke Rasa Mas. Selamat berbuka


Jom Makan @ Rasa Mas

pilihan menu kitorang semua hampir sama. rezeki pada hari ini, dapat satu set makan percuma sebab terlebih hantar. jadi brother di Rasa Mas kasi percuma. emmm...alhamdulilah










Kusyuk Betul....

kusyuk betul myhousemate menonton tv mlm nie... jangan tak bangun sahur ya.