03 May 2009

Thanks...

thanks for the motivation sms from my bos. Rabu saya start kerja. heheheheh


Selera Ahad

Bangun sahaja pagi Ahad, terus menikmati minuman Nescafe. Seperti biasa, pagi ahad sambil minum sambil menonton tv.


Untuk makan tengahari, Alam beli sahaja di Food Court Seri Teja. Minggu ni malas nak masak sebab dok sorang jer dirumah. takut membazir nanti. pilihan menu minggu ini Nasi Putih, Sup Ikan dan Sayur Pucuk Paku. Semuanya hanya RM5.50. Murah dan sungguh murah. Jom makan

Ahad..oh Ahad

Lepak-lepak pagi Ahad. Ada banyak kerja nak siap. Jadi saksi, ada tetamu dari Jepun nak datang rumah, study untuk exam dan buat suggestion paper untuk esok. Penuh aktiviti.

02 May 2009

...hari Selasa...

banyak kena baca, sebenarnya aku dah malas nak ambil exam lagi. kalau bos aku tau, sure kena marah. harap-harap, kali ini yang terbaik. doakan Alam berjaya. tak der mood lagi nak baca buku selepas 'saat-saat genting' selepas tamat QA di INTAN. belasah sahaja, ader mood atau tidak nak membaca selepas 'saat-saat kritikal'.

Everybody, Everyday

Sambil menonton AF7, minum Yakult.

Keputusan....

Terlintas untuk membaca hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi. Em...ada beberapa maklumat yang boleh dikongsi bersama.



Ekonomi sering ditakrifkan sebagai satu kajian tentang bagaimana masyarakat menggunakan sumber yang terbatas bagi memenuhi kehendak yang tidak terbatas. Timbulnya persoalan ekonomi berpunca daripada masalah kekurangan sumber.

Manakala Kaedah Ekonomi - Ekonomi ialah satu sains kerana dalam mengkaji ekonomi kita menggunakan kaedah saintifik. Kajian ekonomi di bahagi kepada 2 kategori umum iaitu mikroekonomi & makroekonomi.
Mikroekonomi memberi tumpuan kepada operasi & pilihan yang di buat oleh unit pembuat keputusan iaitu isi rumah, firma & industri. Makroekonomi pula melibatkan kajian terhadap sektor & pembolehubah yang mempunyai skop yang lebih luas seperti pengeluaran & pendapatan negara, permintaan & penawaran agregat, pergerakan tingkat harga umum serta masalah seperti pengangguran & inflasi

Masalah Kekurangan - Kemahuan individu & masyarakat bagi barangan pengguna, barangan modal & lain-lain ialah perkhidmatan yang mampu dihasilkan adalah terbatas. Masalah kekurangan berlaku kerana keadaan semulajadi atau disebabkan pilihan yang dibuat oleh generasi terdahulu. Kekurangan ialah konsep yang relatif.
Masalah kekurangan boleh di atasi dengan cara :
i. Menggunakan semua sumber dengan sepenuhnya.
ii. Meningkatkan keupayaan sumber & teknologi.
iii. Tingkatkan kecekapan pentadbiran bagi pengeluaran & agihan.
iv. Agihan semula barangan atau pendapatan di kalangan anggota masyarakat.

Pilihan & Kos Melepas - 2 perkara asas dalam ekonomi adalah :
i. Keperluan membuat pilihan
ii. Mengenal pasti kos melepas bagi sesuatu pilihan yang dibuat.
( Individu & masyarakat terpaksa membuat pilihan antara pelbagai alternatif; dan kos melepas adalah nilai bagi alternatif terbaik yang terpaksa dilepaskan)
Dalam buat pilihan penilaian kos & faedah akan dijadikan asas. Konsep kos melepas ialah kaedah pengukuran kos & faedah yang tepat dalam ekonomi.

Kos melepas bagi laksanakan sesuatu aktiviti ialah faedah terbaik terpaksa dilepaskan kerana laksanakan aktiviti tersebut. Faedah yang dilepaskan ialah faedah yang boleh diperolehi apabila pilihan alternatif terbaik dipilih.



1 Mei 2009...


Kita tak mampu membuat semuanya sempurna tetapi kita hendaklah senantiasa berusaha untuk membuat sesuatu yang terbaik. Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti sama ada dalam kehidupan, kerjaya, persahabatan dan kekeluargaan.
Adakah kita akan meninggalkan sesuatu yang kita pernah kecapi untuk sesuatu yang kita tidak pasti hakikatnya. Pilihan begitu banyak. Hari ini A, bulan depan B, hujung tahun C. Kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada, tetapi kita boleh terus berusaha untuk terbaik.
Kesinambungan bagi sesuatu perkara dan tidakan, harus diutama untuk kebaikan bersama.
Kesabaran dan kesetiaan akan membuahkan kejayaan bersama. Biarpun sejauhmana cabaran yang kita hadapi, pasti ada hikmah disebaliknya. Teruskan kesabaran anda dan ukirkan senyuman untuk semua.
- Alam Setia -

Lain Sahaja....

hari ini aku lain sahaja. aku jatuh demam rasanya. rasa tak selesa sahaja. mungkin sebab semalam aku banyak berfikir tentang sesuatu. macam nak rebah bila dapat tahu. pagi ini aku malas-malas sangat sebab dah tak selesa dan fikiran pun rungsing. ada 2 perkara yang perlu aku selesai segera. satu untuk hari Isnin dan Selasa. Ya, Allah berikan aku kekuatan pada diri ini. aku nak sambung tidur lagi...

Yang mana satu....

Jika diberi pilihan yang mana satu minuman yang anda suka? Atau anda suka kedua-duanya? Ataupun kedua-duanya anda tidak suka? Anda akan membuat pilihan yang lain? Biarpun satu ketika dahulu anda menyukainya? Emm......

kenangan masak-masak

Kenangan masak-masak biler ada masa di hujung minggu. Alhamdulilah, kenyang.




Posted by Picasa