Kita tak mampu membuat semuanya sempurna tetapi kita hendaklah senantiasa berusaha untuk membuat sesuatu yang terbaik. Kita perlu berusaha untuk mempertingkatkan lagi kualiti sama ada dalam kehidupan, kerjaya, persahabatan dan kekeluargaan.
Adakah kita akan meninggalkan sesuatu yang kita pernah kecapi untuk sesuatu yang kita tidak pasti hakikatnya. Pilihan begitu banyak. Hari ini A, bulan depan B, hujung tahun C. Kita tidak akan puas dengan apa yang kita ada, tetapi kita boleh terus berusaha untuk terbaik.
Kesinambungan bagi sesuatu perkara dan tidakan, harus diutama untuk kebaikan bersama.
Kesabaran dan kesetiaan akan membuahkan kejayaan bersama. Biarpun sejauhmana cabaran yang kita hadapi, pasti ada hikmah disebaliknya. Teruskan kesabaran anda dan ukirkan senyuman untuk semua.
- Alam Setia -
No comments:
Post a Comment