01 May 2009

KLIA.... datang dan pergi

Jika daripada Putrajaya, mudah sahaja ke KLIA. Alam lebih suka guna ERL. Relex dan tak memenatkan. Jadual perjalanan kenalah tengok dahulu. Cara lain boleh memandu sendiri dengan menggunakan laluan ke Dengkil, lebih cepat dan tak ada tol. Bila sebut tentang KLIA, terus dikaitkan dengan penerbangan. "Nak gi mana? Dah sampai ker? Tunggu di gate mana?"
Sekarang ini suasana sudah lain. Ramai ibubapa yang menghabiskan masa bersama anak-anak kecil di KLIA. Makan KFC atau McDonald disana. Jika KFC, dekat dengan tempat permainan. Itu lah yang Alam lihat petang tadi. KLIA sudah pasti menjadi pintu Utama negara perhubungan udara. Datang dan pergi....itulah KLIA medan perhubungan yang berterusan.


Pagi tadi awal pagi Alam terus ke destinasi mencari maklumat. Biasalah cuti Hari Pekerja. Untuk semua rakyat Malaysia 'Selamat Bercuti' ...best tu 3 hari. Opss...silap, Alam ucapkan 'Selamat Hari Pekerja. Alhamdulilah maklumat yang dikehendaki sudah ada. Penatlah ...banyak siot.


Dah lama tak pakai Baju Melayu. Hari ini Solat Jumaat lengkap berbaju Melayu Biru. Handsome tak? Kebiasaan berbaju kerja. Selepas selesai solat Jumaat terus KLIA. Jumpa member kat sana. Persahabatan terus berkekalan, Insyallah. 'Datang dan Pergi'. Kesempatan sebelah petang diambil dengan ke Kelab Tasik Cyberjaya. Biasalah Alam selalu ke sini. Riadah sikit.



Malam nie ada Majlis Tahlil dan Doa Selamat seperna masuk rumah baru geng opis Alam. Tima kasih Mum panggil kotarang makan-makan. Sedap siot. Siap tambah lagi. Tima kasih kat Dolah tumpangkan aku malam nie.

Good Nite semua...


30 April 2009

Listen to music

Hari ini memang penat sekali. Akhirnya sebelah malam lepas baca Yasin, Alam lepak tgk Drama Matahari secara online melalui http://www.tv3.com.my/. Maklumlah lama tak tengok. Thanks to Kak Ita, masih ingat dengan Alam. Susah-susah telefon tadi.
Penat memang penat, dari Putrajaya ke Puncak Perdana balik semula dan terus ke Pusat Kesihatan Putrajaya untuk set appointment dan disusuli ke UKM. Ada tugasan baru kena siap. Next week PTK hari Selasa. Manakala hari Isnin ada interview di UKM. Petang tadi sempat berlari-lari dengan pakcik 'omputih' di Cyberjaya. Tersasul lidah berbual.
Penat memang penat. Lepak dengar koleksi lagu Indonesia. Thanks to Rizal ko pinjamkan CD yang banyak tu. Kebanyakkan lagu-lagu ni belum masuk Malaysia lagi. Tengah malam nie nak buat kajian tentang Telecenter 2.0.

Bangun pagi terus...

Pagi ini nak penuhi semua outstanding task yang terbengkalai setelah sekian lama. Org kata jika tak buat list akan lupa. Betul gak. Semalam dah ke Alamanda, tapi bila balik rumah tertinggal lagi. Jadi hari ini Alam buat list dulu. Harap2 lepas nie tak terlupa lagi. Tengah kemas2 barang nak cari Dairy 2009. Maklumlah dah 7 minggu tak guna Dairy sepanjang Kursus QA. Next week dah nak start kerja. Thanks to my boss, benarkan Alam cuti. Cuti-cuti pun ada tugasan juga. Oklah...Alam cuba yang terbaik.

Design logo yang Alam buat dah ada yang memilih. Thanks to readers yang beri feedback melalui email Macam2 komen baik buruk dan sebagainya. Next task need to design brochure pula.

Semalam pekena nasi Gorang Kampung dan Tomyam. Mana lagi, ditempat biasa lah. Tengah malam lapar lagi. Gemuklah badan aku nanti...

Petang semalam seperti biasa, pekena Rojak atau pun Pasembor. Beli ditempat biasa gak. Gerai-gerai sebelah dengan UNITEN. Sedap....sebeb lapar masa tu.

Lepas nie nak terus ke Puncak Perdana. Nak hantar borang...

Recommended Book For Research

Berikut adalah beberapa buku yang disyorkan untuk Penyelidik untuk membuat satu penyelidikan. Buku-buku ini simple dan mudah difahami. Beberapa orang Pensyarah mensyorkan penggunaan buku ini sebagai asas untuk meningkatkan kefahaman. Anda bleh membaca. Kepada Kumpulan QA3 yang sedang berkursus di INTAN. Banyak sms dan email yang Alam terima oleh peserta Kursus QA3 berkaitan dengan rujukan akademik. Baca-bacalah buku ini dan nota kuliah yang disediakan oleh Pn Ho dan rakan-rakan. Group QA2 yang lepas sudah tamat pengajian. Selamat maju jaya.


27 April 2009

baling baling bowling

baling baling bola bowling diakhir sesi QA2. ambil peluang sebelah petang untuk beriadah bersama sebagai kenangan. semua akan kembali ke pejabat masing2 lepas ini dan ada menunggu tawaran kemasukan ke university. terima kasih kepada kengkawan di hostel yang anjurkan majlis ini.







26 April 2009

Imigresen Berwaspada Berhubung Wabak Selesema Babi Di Mexico

26 April, 2009 15:31 PM

Imigresen Berwaspada Berhubung Wabak Selesema Babi Di Mexico

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Jabatan Imigresen sudah mengambil langkah berjaga-jaga berikutan wabak selesema babi di Mexico dan kini sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengawal penyakit itu daripada merebak ke Malaysia, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mahmood Adam hari ini.

"Kami menunggu arahan Kementerian Kesihatan menjelang esok dan kami akan memberikan kerjasama penuh di semua pintu masuk, katanya kepada Bernama.

Katanya jabatan itu mempunyai pengalaman sebelum ini dan telah memberikan perkhidmatan yang berkesan semasa penularan selesema burung Asia.

Setakat ini, wabak baru selesema babi di Mexico telah meragut 62 nyawa dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata sesetengah kematian itu disahkan disebabkan oleh virus H1N1 yang tidak pernah dikesan sebelum ini yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia.

Laporan terbaru agensi berita asing menyebut bahawa selesema babi itu telah menular ke Amerika Syarikat dan WHO bimbang ia mungkin merebak ke seluruh dunia.

Tanda-tanda selesema babit adalah menyamai dengan selesema biasa dengan demam, batuk, hidung berair dan lenguh anggota badan.

Selesema terbaru itu dikatakan lebih mudarat berbanding sebelum ini kerana ia menggabungkan virus burung, manusia dan babi.

Para pakar berkata setakat ini tidak terdapat vaksin bagi selesema terbaru itu. Bagaimanapun, mereka menasihatkan bahawa langkah terbaik adalah memastikan tangan sentiasa dibersihkan bagi mengelak jangkitan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak panik dengan berkata bahawa kerajaan akan mengambil langkah perlu bagi menyekat penyakit itu daripada merebak di Malaysia.

Beliau berkata kementerian akan memaklumkan orang ramai dari semasa ke semasa berhubung sebarang perkembangan.

-- BERNAMA

Hujung Minggu....Pra Pelancaran

Karnival Pengguna Bijak dimana dijalankan Pra Pelancaran Hypermarket Maya Malaysia.