14 October 2007

Ketupat Palas

jika dihari lembaran ini, makanan yang paling diminati ketupat palas. nak dikata senang atau susah membuatnya, siapa yang pernah meyediakannya tahulah. alam pun belajar dari bonda cara membuatnya.





Sahur ...

Ini sahur terakhir yang dinikmati sebelum bertolak pulang cuti hari raya. Sahur terakhir ini Alam keluar dengan Shaffri, jiran sebelah rumah. Dia pun balik gak ke kampung pada keesokan harinya. Salam Aidilfitri.




10 October 2007

LLM Trafik

Kepada semua yang akan pulang berhari raya bolehlah menggunakan LLM Trafik http://www.llmtrafik.gov.my/traffic.htm untuk melihat kesesakan lalulintas di jalanraya. Selamat menandu dengan cermat. Semoga anda tiba didestinasi yang diimpikan dengan selamat. Salam Aidilfitri.

09 October 2007

Kenangan Oktober 2007

Salam Aidilfitri

Kepada semua sahabat-sahabat, Alam ingin mengucapkan Salam Aidilfitri- Maaf Zahir & Batin jika terdapat salah dan silap. Selamat bergembira bersama orang tersayang.

Berbuka @ 8 Oktober 2007

'alamak, tak ada tampat lain ka'. semalam buka puasa tempat yang sama juga sebab satu menu yang best di situ dan berdekatan dengan opis. lepas makan, solat dan kembali bertugas. balik sahaja rumah terus 'tidur'. letih yang amat letih. sorry lah kepada kawan-kawan yang send sms, call dan alam tak dapat online semalam. raya ni, aku dapat cuti ker? emm.........

Selesai Akhirnya

Awal pagi sudah sampai di pejabat. Biasalah bila ada mesyuarat tertentu. Persiapan hendaklah lebih tersusun mengikut agenda yang ditetapkan. Mungkin jika dibandingkan dengan dahulu agak berbeza, bilangan anggota hanyalah dalam 65 orang sahaja tetapi kali ini mencecah sehingga 97 orang anggota. Bertambahan melebihi 30 orang dalam perjawatan baru. Tapi tak mengapa. Berapa bilangannya, siapa anggotanya, mesyuarat tetap akan diteruskan.
Tapi yang 'pelik sesangat' ada yang buat hal. Aduh, perangai apa ni. Tak serik-serik lagi ka? Tak bertaubat lagi? Tak nak insaf di bulan Ramadhan? Aduh.....jenis apa nie. Dah la buat hal, tak inform, tak sms, tak cakap apa-apa. Apa kejadah punya orang. Akak-akak sepejabat, makcik-makcik opis yang selalu baca, Alam sure korang tahu siapa dia. Tapi ko silap, ini ALAM SETIA, ko ader ker atau ko nak buat hal, aku boleh handle juga. Biar masa yang menentukan segalanya.
Biasanya jika ada masalah atau apa-apa isu, maklumkan sahaja. Insyallah ia boleh diselesaikan secara maufakat. Tak ada sesuatu pun yang mudah dan senang di dunia ini. Mati nak masuk Syurga pun kena buat amal ibadah, bukan senang-senang nak masuk terus. Harap-harap lepas Raya Aidilfitri yang akan datang ni, ada sedikit perubahan. Insaflah dan bertaubahlah.
Alam ingin mengucapkan tahniah kepada semua pembentang-pembantang kertas kerja yang berjaya dengan suksesnya. Alhamdulilah, dimensi baru dalam kerjaya Tuan/Puan untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Buktikan bahawa kita mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi.
Ingat ayat 'kalau nak kerja, buat cara nak kerja' dan bagi yang masih lagi ketinggalan tu 'sila berubah' atau 'anda akan diturunkan jawatan' atau 'anda akan diberhentikan'. Bukti-buktinya sudah ada. Pilihlah yang mana satu anda suka. Gracias !







08 October 2007

Thanks...

This morning received 'Cute Bear'. Tak pernah2 dapat pun. Thanks to my friend from Samsung. No problem tak akan lupa tarikh 26 Oktober 2007. Will see u there. ... Today busy prepare for the Division Meeting.

Cobaan di Bulan Ramadhan

To Mr. Zuhairy(Gerimis di lautan),

Banyak-banyaklah bersabar menghadapi dugaan di bulan Ramadhan ini. Insyallah, ada hikmah disebaliknya. Amin.

- Alam Setia

Angkasawan negara diketahui 4 jam sebelum pelancaran

Daripada Metra Syahril Mohamed UTUSAN

ASTANA, Kazakhstan 7 Okt. – Pengumuman siapa bakal angkasawan pertama negara yang akan menjalankan misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober ini akan ditentukan selewat-lewatnya empat jam sebelum masa pelancaran.

Kapal angkasa Soyuz yang membawa angkasawan pertama negara dijadualkan dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome di sini pada pukul 5.21 petang waktu tempatan (pukul 9.21 malam waktu Malaysia).
Ini bermakna pemilihan sama ada Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, 35, atau Kapten Dr. Faiz Khaleed, 27, sebagai angkasawan hanya diketahui pada pukul 1.21 petang waktu tempatan (pukul 5.21 petang waktu Malaysia).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis berkata, sejak berada di sini pada 28 September lepas, kedua-dua angkasawan Malaysia yang sedang dikuarantinkan itu meneruskan siri latihan termasuk persiapan terakhir sebelum pelancaran Soyuz TMA-11.

Ini termasuk menghadiri kuliah teori dan praktikal mengenai proses pelancaran serta pengendalian pesawat Soyuz semasa pelancaran serta prosedur-prosedur ketika Soyuz mendarat di ISS.

‘‘Cuma apa yang dimaklumkan kepada saya ialah kedua-dua mereka kini berada dalam keadaan baik dan sudah bersedia untuk menjalankan misi ke ISS.

‘‘Sama ada Sheikh Muszaphar atau Faiz (terpilih ke ISS), saya pun belum tahu dan ia bergantung kepada pemilihan pada saat-saat akhir yang ditentukan oleh Agensi Angkasa Persekutuan Rusia (Roskosmos),’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Jamaluddin berkata, selain Sheikh Muszaphar dan Faiz, krew yang akan bersama-sama kedua-dua angkasawan negara itu juga boleh bertukar sebelum pelancaran pada 10 Oktober ini.

Beliau berkata, ketika ini pihak berkuasa Rusia mencadangkan kumpulan krew pertama untuk misi Soyuz TMA-11 dianggotai oleh Sheikh Muszaphar, Yuri Malechenko dan Peggy Whitson manakala kumpulan krew kedua terdiri daripada Faiz, Sharizan Sharipov serta Michael Fincke.

Menurut Jamaluddin, kedua-dua kumpulan krew itu kini melakukan ulang kaji yang terperinci dan mereka juga menjalani latihan simulasi komputer bagi proses mendarat.

‘‘Tindakan kecemasan untuk setiap fasa pelancaran juga diajar bagi memastikan krew berada dalam keadaan bersedia untuk menghadapinya jika berlaku sebarang kemungkinan,” katanya.

Jamaluddin memberitahu, latihan praktikal terakhir telah dijalankan kelmarin iaitu melibatkan crew fit check iaitu prosedur di mana krew akan memeriksa semua kelengkapan pesawat Soyuz sebelum ia dicantumkan dengan pelancar roket dan dibawa dengan kereta api ke tapak pelancaran.

‘‘Ini termasuk juga pemeriksaan kesemua peralatan peribadi dan penyelidikan yang akan dibawa ke ISS,” tambahnya.

Angkasawan Malaysia yang terpilih ke ISS bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke Bumi bersama angkasawan lain yang telah pun berada di ISS yang terletak di orbit kira-kira 333 kilometer dari muka Bumi.