03 October 2007

Hari Ini

Banyak perkara berjaya diselesaikan pada hari ini. Alhamdulilah bermula dengan Microsoft Office SharePoint sehingga ke kertas pembentangan mesyuarat yang akan datang. Terima kasih semua. Tapi yang heran nya diorang berkata 'nape ko nampak lain jer'. Entahlah... rasanya saya biasa jer. Tima kasih Zam kerana temankan Alam tadi. Nape sengap jer? he he he....

Sistem Bintang Nilai Prestasi PBT Mulai 2008

Dari Berita Harian
PUTRAJAYA: Semua majlis perbandaran dan daerah di seluruh negara akan dikategorikan mengikut sistem bintang bagi memantau tahap prestasi serta kecekapan pihak berkuasa tempatan (PBT). Menerusi sistem penggredan dua tahun sekali itu, PBT yang menunjukkan prestasi tinggi akan dijadikan penanda aras, manakala kepemimpinannya yang terbukti baik akan mendapat pengiktirafan kerajaan. PBT yang didapati kurang kemampuan dan berprestasi rendah pula akan diberi perhatian pihak berkuasa peringkat negeri dan Pusat supaya usaha menambah baik pencapaiannya dapat dilakukan segera
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata sistem itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai suku kedua tahun depan. “Mereka kena lakukan penambahbaikan dan kita akan hantar pasukan untuk mengkaji apakah punca kelemahan pentadbiran PBT berkenaan. “Ini sejajar hasrat kerajaan menambah kecekapan PBT kerana ia adalah peringkat ketiga dalam sistem pentadbiran negara,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) di sini, semalam. Hadir sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.
Najib berkata, sebuah panel yang turut dianggotai profesional bebas, akan menilai prestasi PBT masing-masing berdasarkan pencapaian dalam bidang perkhidmatan, terutama kemampuan melaksanakan undang-undang dan dasar kerajaan yang mencakupi 25 peratus daripada markah keseluruhan. Kepemimpinan pula diberi markah 20 peratus, manakala pembangunan sumber manusia (20 peratus), urusan kewangan (10 peratus), perkhidmatan komuniti (10 peratus), khidmat pelanggan (10 peratus), program teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan laman web (lima peratus). “Sistem ini akan dinilai secara objektif dan diharap melalui sistem penggredan ini kita akan mendapat satu cara dan kaedah di mana sistem penanda aras prestasi dapat diperkenalkan,” katanya.
Najib berkata, mesyuarat juga bersetuju meningkatkan pengeluaran lesen perniagaan dan lesen komposit hotel yang membolehkan perniagaan dilakukan serta-merta. Menerusi sistem itu, pemohon diberi masa dua bulan untuk mematuhi peraturan penyiapan premis bagi perniagaan yang tidak berisiko atau dikenakan tindakan jika gagal mematuhinya. “Tempoh sah laku lesen perniagaan juga dipanjangkan sehingga tiga tahun. Majlis turut bersetuju melonggarkan syarat bomba kepada hotel bajet bagi menyokong perniagaan itu serta sektor pelancongan yang semakin penting kepada negara,” katanya.

02 October 2007

....sinar




Selamat Bercuti....

Gambar yang dikirim oleh Pn. Nordina yang sedang bercuti di Labuan. he he he.....jangan lupa ya beli apa yang dipesan oleh kawan-kawan.

tahniah pakcik...

Untuk pakcik Wahdi's Carousel of Painted Moments tahniah sebab dapat kerja baru di Cyberjaya. He he he he... posing bro jangan malu2.

Indah & Citarasa





...berbuka dgn kawan-kawan

.....korang nak ikut tak? ayat biasa.


01 October 2007

...today

La...ko junior aku ker dulu. Yang ni pula senior aku. Kecik dunia nie, kita bertemu disini. Yang senior tu pernah dapat anugerah remaja dulu dan ngan si Hardi, sifu coding. He he he. Yang hendak ke Sabah tetap akan ke sana. Begitu juga yang ke Melaka, siap offer kalau ko kesana jangan lupa cari aku bro. He he he...aku tetap suruh ko belanja nanti. Yang junior memang sorang yang bersopan santun dari dulu sampai sekrang. Dia akan kemana, tak sure lagi. Tapi yang pasti dia tokey development jugalah. Siapa tahu apa yang dia pernah bangunkan, rajinler bertanya. Kecil bukan sebarang kecil tapi kecil berharga. Yang baru abis belajar pula, ini first job. Takut gementar, gumbira semua ada. Ke Sarawak ker @ disini juga. Pergilah ke Sarawak, kang nanti saya cita selok belok. He he he
Untuk anda semua, selamat bertugas ya. Untuk Sepul tahniah...tahniah...tahniah. Jangan lupa tiket untuk aku ya.....

hujan pagi....


malam ....

takala malam menjelma sesauatu yang baru diharapkan. sinar mentari yang akan mucul didoakan membawa sejuta makna, satu pengertian yang mendalam untuk hari-hari mendatang. bersedia untuk bangun sahur pabila jam 5, bersiap untuk keperluan esok, selangkah demi selangkah biarlah beerti dan mencatatkan sejarah baru....
rehat-rehat malam tetiba terpanggil untuk mendengar koleksi dari album Tompi Playful. teringat kisah di Jakarta seolah-olah nak kesana semula ditahun hadapan jika dimurahkan rezeki. mendengar lagu "Balonku", "Salahkah" & "Kekagumanku".....

......ku terus tidur selepas ini