21 March 2010

dimana?....jelajah di sini

Sekitar Hotel PullmanPutrajaya. Wah begitu indah senibina hotel ini. Bagi Alam inilah hotel yang kedua yang berada dalam kawasan Putrajaya. Sebelum ini Shangri-La Hotel yang terletak di Perdana Putra menjadi pilihan sekiranya ingin bermalam di Putrajaya. Hotel PullmanPutrajaya dikatakan gabungan daripada senibina 1Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Dilihat juga terdapat unsur-unsur Bali diterapkan. Kadar harganya bilik dan kemudahan yang disediakan boleh didapati di http://www.pullmanputrajaya.com/.
Semasa pembinaan hotel ini, Alam pernah membuat entry sebelum ini. Pada tahun 2007, Alam pernah membuat entry Alam Warisan, Putrajaya. Pada ketika itu, ia dalam pembinaan. Persekitaran hotel ini sungguh indah dan anda pasti terpegun melihat keindahan senibina. Terletak tidak berjauhan daripada PICC Putrajaya dan bersebelahan dengan Kompleks Sukan Air Putrajaya.














No comments: