Penat aku mengambil gambar mereka. Diorang juga teror ambil gambar aku. Hehehhe
21 March 2010
Dimensi With Nora, Iza dan Jehan
Lama tak keluar posing-posing dengan mereka. Kesempatan ini Alam ambil untuk pose-pose dengan Nora, Iza dan Jehan. Mereka dulu rakan sekerja dengan Alam. Ketiga-tiga mereka banyak membantu dahulu di pejabat. Jom posing-posing.
Merah Putih... Lunch @ Pullmanputrajaya
Dekorasi yang menarik bewarna merah, putih dan hitam memberi keselesaan untuk juadah tengahari di Pullmanputrajaya. Makan yang disusun rapi memudahkan para pengunjung untuk memlilih menu yang dikehendaki. Pelbagai hidangan masakan disajikan. Tepuk dada tanya selera anda. Makan jangan tak makan. Menu pilihan Alam di sini iaitu Nasi Beriani dan kek cokelat. Seronok dapat menikmati makan tengahari bersam-sama bekas rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan konsultant untuk salah satu projek EG. Ingat juga korang dengan Alam. Thanks kepada bos-bos Pn Rosni, Pn Noraini, Pn Wan, Pn Ezamrina sekumpulan, Pn. Musalmiah, Pn. Zaleha sekumpulan, En. Murad, Pn. Masura seproject team dan Pn Iza, Dolah serta Nora dan Jehan. Sorry lah dulu-dulu sekiranya agak garang. hehehehe
dimana?....jelajah di sini
Sekitar Hotel PullmanPutrajaya. Wah begitu indah senibina hotel ini. Bagi Alam inilah hotel yang kedua yang berada dalam kawasan Putrajaya. Sebelum ini Shangri-La Hotel yang terletak di Perdana Putra menjadi pilihan sekiranya ingin bermalam di Putrajaya. Hotel PullmanPutrajaya dikatakan gabungan daripada senibina 1Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Dilihat juga terdapat unsur-unsur Bali diterapkan. Kadar harganya bilik dan kemudahan yang disediakan boleh didapati di http://www.pullmanputrajaya.com/.
Semasa pembinaan hotel ini, Alam pernah membuat entry sebelum ini. Pada tahun 2007, Alam pernah membuat entry Alam Warisan, Putrajaya. Pada ketika itu, ia dalam pembinaan. Persekitaran hotel ini sungguh indah dan anda pasti terpegun melihat keindahan senibina. Terletak tidak berjauhan daripada PICC Putrajaya dan bersebelahan dengan Kompleks Sukan Air Putrajaya.
20 March 2010
Macam ni ka...
07 March 2010
06 March 2010
Sawadikap.....Kap kap kap
My Favourite ....
Lepas abis kelas jam 11.....terus pekena Sup dengan Nasi Lemak untuk makan tengahari. Mana lagi di Kampung Dato' Banginda, Bangi. Teringat zaman-zaman dulu, dok di bawah pokok ceri, peneka sup ni. Sungguh popular....jika pergi waktu lunch, sure penuh.
Ini pula Koteaw dan Tauhu bakar dari Seri Teja, Presint 9. Sedap....
Subscribe to:
Posts (Atom)