08 October 2009

Kami dan Khamis.

Alhamdulilah. Seharian aku diluar rumah. Awal pagi aku ke keluar, terus ke Seri Teja. Jumpa Asri & Syida. Kali ini kitorang tunggu library buka. Tapi lewat sgt, jam 10.00. Kami terus ke Blok F, Blok Siswazah. Di meja bulat, kami berbincang tentang Project MIT yang bakal dihantar pada hari Isnin depan. Masa sungguh kritikal. Tinggal lagi beberapa hari lagi.

Dari meja bulat, Blok F terus ke Bilik Mesyuarat 1, FTSM UKM. Mendengar Syaraha Perdana Prof Nik daripada USA. Mendengar pembentangan tentang 'Sosial Networking'. yang diterjemahkan dan dikongsi dalam masa sejam. Banyak ilmu yang diperolehi.

Makan tengahahari disediakan. Atas jemputan Dr Maryati, kami sekelas belasah makan. Lapar dan lapar. Setengah jam kemudian, kelas bermula. Study Case 3 dan Study Case 4 menjadi perbincangan. Terima kasih Dr berkongsi jawapan bagi tugasan yang diberikan.

Dari situ, kami sekumpulan terus ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk berbincangan susulan. Terima akak-akak di BTM yang banyak menolong daripada Juruteknik sehingga kepada petugas Call Center. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian.

Jam tepat jam 5.00, kami semua kepenatan. Terus balik rumah untuk berehat. Malam ini, banyak kena siap tugasan yang tertangguh. Doakan terbaik untuk kami. Insyallah.

No comments: