31 October 2009

Minum Petang

Lama sudah tidak menikmati Kopi Panas dan Muruku. Petang ini sambil menyiapkan tugasan dengan Mr Polo, sambil tu menikmati kopi panas dan muruku. Sorry kenkawan, lama tak update blog ini. Baru sahaja selesai exam final.


Posted by Picasa

21 October 2009

Aku Bersujud



Aku malu berharap Engkau mengerti lagi
atas kesalahan yang pernah aku perbuat
hati dan perasaanku mulai teruji
selembut doa dalam hati
Kau mengetahui

Kala panggilanMu
ku mohon ampunilah aku

Aku bersujud.. aku berdoa
menyerah padaMu.. Ya Tuhanku
aku memohon.. keringanan hati
menentukan pilihan.. menuju rahmatMu

Ya Tuhanku.. Ya Tuhanku
Ya Tuhanku.. Ya Allah

Aku malu berharap Engkau mengerti lagi
atas kesalahan yang pernah aku perbuat
hati dan perasaanku mulai teruji
selembut doa dalam hati
Kau mengetahui

Kala panggilanMu
aku mohon ampunilah aku

Aku bersujud.. aku berdoa
hanyalah padaMu.. Ya Tuhanku
aku memohon.. keringanan hati
menentukan pilihan.. menuju rahmatMu

Aku bersujud.. aku berdoa
hanyalah padaMu.. Ya Tuhan
aku memohon.. keringanan hati
menentukan pilihan.. menuju rahmatMu

Ya Tuhan.. Ya Tuhanku

Ampuni dosaku [Ya Allah]
Ampuni dosaku [Ya Allah]
Ampuni dosaku [Ya Allah]

Pagi @ Putrajaya

Pagi ini sungguh indah. Minggu ini paling penat kerana next week dah mula exam. Banyak lagi kena study. Doakan aku berjaya.


Jom tengok....


19 October 2009

Makan-makan Ringan

Simple-simple sahaja. Sambil2 study nak exam.



Waterski & Wakeboard 2009

Jengok2 di hujung minggu. Singgah singgah disini sekejap. Boleh dikatakan setiap tahun singgah disini bila ada event ini. Nak tau detail ada disini http://www.waterski.com.my/. Last year pun Alam tengok juga acara ini dan ada dalam entry http://alamsetia.blogspot.com/2008/11/kemeriahan.html. Harap-harap tahun depan pun masih ada lagi.












17 October 2009

Sekumpulan MI

Inilah laptop yang kitorang guna untuk siap assigment.



Selamat Menyambut Pesta Cahaya - DEEPAVALI

Roti canai oh roti canai. Makan sebentar tadi. Lepas sejam, aku lapar lagi.

16 October 2009

Tanda Ingatan

Tanda ingatan Hadiah Cermin yang dihiasi pepohon buluh dan ayat A-Quran. Terima kasih kepada Warga BTM, ICU JPM

"Ya Allah, Engkau Telah Mencipta Tubuhku Sedemikian Indah, Maka Perindahkanlah Moral dan Akhlak Ku"


12 October 2009

Horey....dah abis satu presentation

Alhamdulilah. Dah abis satu pembentangan projek. Terima kasih kepada my group bertungkus lumus menyiapkan tugasan ini. Makan, buat kerja, makan, buat kerja. Semua bertambah bulat2. Terima kasih juga kepada Group Wanis and the geng yang kasi masa korang untuk pembentangan ini untuk group kitorang guna.


Ini sebahagian daripada slaid pembetangan sebentar tadi





Next presentation on Multimedia Project. Tak siap lagi ni.

09 October 2009

Breakfast @ 4.00 am

Sarapan yang simple di awal pagi. Nak siap kerja yang tak siap lagi. Baru nak start ni. Harap2 sempat siap sebelum jam 9.00 pagi ini.


08 October 2009

Kami dan Khamis.

Alhamdulilah. Seharian aku diluar rumah. Awal pagi aku ke keluar, terus ke Seri Teja. Jumpa Asri & Syida. Kali ini kitorang tunggu library buka. Tapi lewat sgt, jam 10.00. Kami terus ke Blok F, Blok Siswazah. Di meja bulat, kami berbincang tentang Project MIT yang bakal dihantar pada hari Isnin depan. Masa sungguh kritikal. Tinggal lagi beberapa hari lagi.

Dari meja bulat, Blok F terus ke Bilik Mesyuarat 1, FTSM UKM. Mendengar Syaraha Perdana Prof Nik daripada USA. Mendengar pembentangan tentang 'Sosial Networking'. yang diterjemahkan dan dikongsi dalam masa sejam. Banyak ilmu yang diperolehi.

Makan tengahahari disediakan. Atas jemputan Dr Maryati, kami sekelas belasah makan. Lapar dan lapar. Setengah jam kemudian, kelas bermula. Study Case 3 dan Study Case 4 menjadi perbincangan. Terima kasih Dr berkongsi jawapan bagi tugasan yang diberikan.

Dari situ, kami sekumpulan terus ke Bangunan Perdana Putra, Putrajaya untuk berbincangan susulan. Terima akak-akak di BTM yang banyak menolong daripada Juruteknik sehingga kepada petugas Call Center. Hanya Allah dapat membalas jasa baik kalian.

Jam tepat jam 5.00, kami semua kepenatan. Terus balik rumah untuk berehat. Malam ini, banyak kena siap tugasan yang tertangguh. Doakan terbaik untuk kami. Insyallah.

07 October 2009

Nasihat Imam Syafie Tentang "PERSAHABATAN"

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Imam Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.

Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.

Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.

Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.


Mencari sahabat pada waktu susah

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"

Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.



Pasang surut persahabatan

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.

Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.

Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.

Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.

Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.

Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.



Sukarnya mencari sahabat sejati

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.

Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.

Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.

Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.



Sahabat sejati pada waktu susah

Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.


Rosaknya keperibadian seseorang

Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.

Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.


Menghormati orang lain

Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.

Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.


Menghadapi musuh

Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.

Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.



Tipu daya manusia

Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.

Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.

Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.



Tempat menggantungkan harapan

Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.

Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.


Menjaga nama baik

Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.

Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.

Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.

Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..



Wassalam...

WALLAHU'ALAM..

06 October 2009

Dari 3 ke 4

Alhamdulilah, masih lagi disini. Alam Setia's Blog has started 10 October 2006 and today is 10 October 2009. Thank you.

- Happy Birthday to Alam Setia Blog -

05 October 2009

04 October 2009

Kami disini

Group project Kelas IT Management Batch 2009/2010






Impian...




Bersama Melaksana 5S

Mereka Ceria.... agen pelaksana 5S di Opis. Berhujung minggu di opis. Bersama-sama kemas barang. Semua ini selaras dengan Arahan Keselamatan Akta Rahsia Rasmi.