02 July 2009

Segalanya Berubah...2 Julai 2009

Hujan di pagi ini
2 Julai 2009, bermula segalanya. Perubahan demi satu cita-cita yang diimpikan. Cuti belajar sepenuh masa. Walaupun dalam Sistem Sumber Manusia, masih ada +- 40 hari lagi cuti. Mungkin kuat bekerja sampai cuti pun tak sempat nak diabiskan. Tanggungjawab dan amanah diutamakan demi kesejahteraan rakyat.

Hidangan Timur Tengah Jadi Pilihan
Huh....'tengahari ni jadi kita keluar gi makan' 'bos pun nak ikut juga'. 'Betul ker? Ok lah....' satu panggilan telefon diterima. Mana lagi nak pergi...tempat favourite Alam di Cyberjaya. Restoran Arab Saba. Nasib baik kitorang semua keluar awal, so sempatlah nak tempah meja. Alhamulilah, menu seperti biasa diminta. Thanks Puan sebab sudi belanja Alam makan. Turut hadir semua team projek BLESS; yakni pasukan terakhir Alam sertai sebelum cuti sepenuhnya.

Membonceng Motosikal
Cuaca hari ini tak begitu panas, hujan disebelah pagi membuatkan suasana tidak panas. Bagus bila nak keluar waktu tengahari. Bila balik ke rumah teringat sepanjang perjalanan 2005-2009, satu tempoh yang lama disini. Lima tahun, macam-macam berlaku dan terjadi dan menjadi satu sejarah. Daripada Putrajaya, sunyi sepi sehinggalah kesesakan lalulintas diwaktu kemuncak. Nak kata lama atau tidak, sudah pasti kaki ini lama menjejaki Putrajaya. Masih ingat lagi masa di First Year daftar di universiti dulu. Ramai-ramai naik moto datang ke Putrajaya pusing-pusing. Masa tu ingat lagi, tempat yang diposing ambil gambar adalah Masjid Putrajaya dan Bangunan Perdana Putra. Masa itu diakhir tahun 1999. Semuanya berlalu dan gambar-gambar masih disimpan dalam album.

Permintaan Rakan FB
Nak cerita tentang kerja, panjang memang panjang. Boleh tulis satu buku 'Sharing Experiences For 1 Malaysia : Alam Setia Journey and Archivement'. Berdoakan mana tau dapat tulis satu buku e-Book. Nie pun gara-gara member dalam FB yang suruh. Cuma disini nak kongsi antara penglibatan semasa karier sepanjang tahun 2005-2009 di HQ.

Dari Indra Kayangan ke Putrajaya
Ingat lagi mula-mula nak balik ke HQ, bukan main susah lagi. Masih ingat lagi pada masa itu, JPA minta Alam dipindahkan ke satu Jabatan lain. Ketua Pengarah Jabatan itu mohon pada JPA agar Alam dipindah ke situ. Kenapa dan mengapa? Itu biarlah rahsia. Pada masa itu, Alam ingat lagi Timb. Ketua Pengarah call Alam di opis dan berkata "KP tak benarkan you dipindahkan. Dia tahu you ada sesuatu yang orang lain tak ada" " Alamak.....tak dapatlan berpindah". Hati kecil ini pasrah dan bersetuju. Maklumlah staff barru bekerja, mana boleh suka-suka nak buat hal.

Silih Berganti
Masa berlalu, masa itu En Wahadi ada cakap. Tempat dia di HQ ada kosong sebab dia pindah ke Pusat Data. Apa lagi, call Kak Zilah dan berisik khabar. Terus Alam call Pn Noraini dan booking. Selamber ajer, seharusnya kena ikut prosedur lain. Pn. Arma dan Pn Lin menjadi pegawai yang bertanggungjawab menguruskan semuanya. Terim kasih semua yang banyak membantu.


Daripada Technical Background kepada Training Environment
Hari pertama sahaja di HQ, Pn Iza banyak membantu Alam. Dia pun tahu kes Alam nak perpindah ke HQ. Disini tugas pertama handle 'Seksyen Latihan'. Kalau dah dii Seksyen Latihan maknanya mudah lah... 'Menjadi Cikgu'. Hehehehe. Terima kasih En . Shuhairi, yang merupakan Timbalan Pengarah dan bos Alam pada ketika itu. Banyak yang dibuat dan dilaksakan semasa disini. Antara yang Alam masih ingat... Selamat Pagi Cikgu
1. Membuat Training Need Analysys untuk ICT. Ingat mudah tapi susah....
2. Develop Training Materials and Silibus for Office Automation Application (Words, Excell, Power Point dan Access) dan Lotus Software (Email, Callender and Configuration)
3. Menjadi guru dan mengajar subjek-subjek ini dan pakar rujukan. Gugur rambut nak sedia semua ini dan knowledge kena lebih sikit dan discover area lain.
4. Membuat renovation Training Room - Perubahan daripada format Round Table Class Room kepada format lain....semua meja Segi Empat. Masa ini ramai tak setuju, tapi impaknya nampak pada sekarang ini after 3 years.
5. Sediakan ICT Certififcation Examination - 3 level. Siap ada exam, macam semua orang duduki peperiksaan SPM sahaja. Semua level kakitangan WAJIB duduki, daripada pemandu hinggalah ke Ketua Pengarah
6. Sumber Rujukan Agensi Lain - ramai yang datang dan ingin mengetahui 'Implimentation of ICT Training at Agency'. Pengalaman yang baik tak rugi jika dikongsi bersama.
7. Improvement of Training Facilities - PC, Projector, PA System dan yang berkaitan dengan kemudahan latihan.
8. Technical Examination - Khusus untuk Pegawai Baru IT. Last batch En. Dolah and the geng
9. ICT Trainng as One of The Core Bussiness - Ingat lagi semasa Bahagian Sumber Manusia di Bahagian Pengurusan follow standard yang digunakan oleh Bahagian ICT. Last product dicompile dan dimasukkan sebagai ISO.10. Centralized Training - semua urusan latihan ICT hendaklah diselaraskan disini. Dari segi urusan pemilihan, pengurusan, pengendalian dan sebagainya kena dapat 'green light' dulu. Scope of services ; Technical Trainning, Software Training, Office Automation Training, Internal and External System ApplicationTraining, ICT Exammination, Transfer of Technology Session, ICT Training Facilities and Training Support.


Sudah Terbukti
Bila tengok list diatas macam-macam dibuat. Kepada yang kutuk pada ketika itu, semuanya terbukti sudah. Banyak lagi yang dibuat semasa di Seksyen Latihan. Apa-apa terima kasih pada Pasukan Seksyen Latihan ketika itu kerana kita berjaya laksanakannya. To my bos, terima kasih kerana beri peluang kepada Alam untuk ekspressi idea dan cita-cita yang ingin dilaksanakan.
.....bersambung lagi. "Bolehkah aku lakukan?" Pengalaman di bidang seterusnya

No comments: