29 July 2009

Sajian Untuk Kedamaian

Sajian Untuk Kedamaian - Mee Sup Sayur Alam Setia. Sedap sungguh Mee Sup Sayur. Mee Maggi sahaja yang diguna. Dicampur dengan bahan-bahan yang sedia ada dirumah. Mudah sahaja dan cepat disediakan. Sesuai jika anda mempunyai tetamu yang datang tiba-tiba dirumah. Hidangkan apa yang ada. Jenis sayuran mengikut selera anda. Sajian Untuk Kedamaian kerana mempunyai pelbagai campuran sayuran. Pelbagai warna, disatukan dalam Mee Sup Sayur.


Hidangan Sajian Untuk Kedamaian - Mee Sup Sayur Alam Setia


Dihidang bersama Kicap Berlada Putih

Bahan-bahan yang digunakan



Daun Bawang

Bawang Besar


Carrot


Halia


Tomato


Ayam yang dipotong kecil


Kubis


Daun Sup


Bawang Putih


Daun Sup

Cara Penyediaan - Mudah Sahaja


Panaskan periuk. Tumis dengan minyak. Alam pilih minyak Sapi Ghee. Baru sedap baunya dan rasanya. Ditumis bersama Bawang Putih dan Halia.


Bila dah kekuningan campuran tadi, masukkan Ayam yang dipotong kecil.


Seterusnya, masukkan air bersama serbuk Jintan Manis, Jintan Putih dan Perencah Sup. Masukkan sedikit sahaja. Alam pilih Alagapas. Baunya sedap. Letakkan Daun Sup.

Campurkan sedikit Lada Hitam dan Lada Putih.


Campurkan semua bahan-bahan yang dipotong tadi.

Dan akhir sekali. Masukkan Mee Maggi yang telah dicelur kedalam Sup Sayur ini.

Maka selesailah Sajian Untuk Kedamaian - Sup Sayur Alam Setia.

Baca Majalah

rehat sekejap sambil berFB disini, baca satu malajah.


28 July 2009

Kuning Merah...Selangor Juara?

Sediakan Agar-agar untuk dimakan last week. Warna pilihan Kuning Merah kerana masa tu Selangor juara bola sepak. Mudah ajer kalau nak buat. Guna apa yang ada dirumah. Nasib baik ada sedikit agar-agar, gula, buahan dalam tin, kordial orange dan sirap. Apa lagi, buatlah Agar-agar Buah-buahan Alam Setia. Sajian istimewa di waktu petang.


tengok depan

hahaha..... tengok depan di PTSL, UKM. Sesiapa nak tahu apa cerita. Boleh tgk FB Alam atau Asri. Banyak betul diorang comment tentang hal ini.

Searching meterials here and prepare reports to submit next week.

26 July 2009

Dah siap

Siap susun semua nota dan case study untuk subjek IT Management. Lepas ni baru puas siap tugasan.

Rawatan Gigi...disini

Terima kasih Doktor untuk rawatan gigi kali ini. Jika ada masalah gigi, sure Alam akan kesini iaitu Klinik Gigi Norsham Bandar Baru Bangi. Dah biasa dengan doktor disini.




24 July 2009

alhamdulilah...

alhamdulilah selesai Solat Jumaat. banyak buku dan jurnal kena dicari. destinasi petang ini ke Alamanda, cari bahan rujukan untuk next week.

23 July 2009

Maggi sebungkus

petang ini, aku lapar. apa lagi pekena Maggi sebungkus. alhamdulilah







Satu Tapi Banyak Dimensi

satu tapi banyak dimensi yang boleh diterokai. yang mana satu anda suka?





sesuatu yang tak disangka....kadang kala...

setelah apa yang berlaku...... aku tela diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. semua ini mentabahkan hati aku. memberi aku kekuatan yang tidak pernah aku alami. syukur pada Allah dan terima kasih kepada sahabatku yang menyokong dan membantu aku. akan tetapi adakah aku menjadi begitu kejam? perlukah semua ini. aku masih ingat dan berharap padanya. sesuatu binaan batu bata yang runtuh boleh dibina semula. Good nite

22 July 2009

Draft Activities - Status Completed

alhamdulilah, complete draft activities this semester for IT Management subject. agak rushing sbb kebanyakkan silibus bukunya belum ada lagi. group kali ini banyak pak arab yang kejap ada kejap tidak ada. thanks to my group asri, kak shida dan hadi.


Masa 2.30 petang dan harga RM 3.50 shaja

after class having lunch at faculty with my geng. semua kali ini sebab harga murah. Kos semuanya untuk hanya RM3.50...student price.


Mushroom Sup

pagi ini lapar siot. bukak almari tengok ada lagi setin makanan. apa lagi...aku belasah makan. Sedap gak sarapan macam ni. Jom makan.....pilihan Sup Pekat Cendawan. Lepas ini aku ada banyak tugasan dan kelas nak buat.


19 July 2009

Terima Kasih Memberi Peluang Ini

Terima kasih kepada pasangan Pengantin Shafiza Izna dan Mohd Hafiz diatas kepercayaan kepada Alam untuk menjadi pengacara Majlis Perkahwinan mereka sebentar tadi. Terima kasih juga kepada Cik Eliana kerana sudi menjadi pengacara bersama. Ini kali pertama mengendalikan majlis ini. Terima kasih kepada puan berdua atas sokongan tadi. Lama tak jumpa bos-bos Alam. Alhamdulilah semua telah selesai berlangsung dengan jayanya. Selamat pengantin baru.


Cenderahati Tetamu
Songkok Hitam Penyeri MC

Pilihan Sampin Jejaka Malayu

Pilihan Pakaian Pengacara Majlis

Susun Atur Meja Santapan Hadirin

Juadah Dihidang Menjamu Selera

Dekorasi Meja Menjadi Pilihan

Bunga Penyeri Majlis

Lambang Keharmonian Kasih Sayang

Susuna Oleh Pihak Katering

Berbincang Agenda Majlis


Aturcara Disusun

Singgahsana Pelamin Sedang Dihias

Dewan Seri Endon Menjadi Pilihan
Susunan Meja Disebelah Petang

Alhamdulilah, semuanya selesai dengan jayanya.