21 June 2009

Semoga Ia Direalisasikan

Dalam dua hari ini, satu berita berkaitan dengan dunia penyiaran telah dibuat. Kewujudan TV Islam sebagai medium baru penyampaian mesej berkaitan dengan Islam. Seingat Alam dulu, semasa perang Teluk ramai yang menonton siaran TV Al-Jazeerah di Astro. Semua berita tentang Iraq disampaikan disitu mendapat rating yang tinggi. Ramai yang ingin mengetahui berita tentang peperangan yang menyebabkan kejatuhan Presidan Saddam Hussien melalui Al-Jazeerah. Jika di Malaysia, kewujudan Tv9 oleh konglomerat Media Prima mendapat sambutan ramai. Warna hijau menjadi pilihan. Ramai yang menonton siaran di Tv9.

Sudah pasti bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil menonton Adik@9. Siaran kartun berbahasa melayu sedikit sebanyak mengajar mereka berkomunikasi. Banyak watak kartun terus menjadi kegilaan kanak-kanak. Kewujudan Radio IKIM.FM, siran radio Islam terus berkumandang. Semasa memandu, kita boleh mendengar. Banyak pengisian berkaitan dengan Islam boleh diperolehi.

Diharapkan dengan kewujudan TV ISLAM pada kali benar-benar direalisasikan. Penjenamaan adalah amat penting bagi membolehkan ia terus selari dengan arus semasa. Pengisian kandungan hendaklah yang terbaik. Bersama-sama kita doakan. Insyallah.


TV Islam Medium Baru Sampai Mesej

YAN: Saluran televisyen Islam akan dilancarkan sebaik mendapat frekuensi bersesuaian dan bakal menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sebaik beberapa masalah teknikal dapat diselesaikan, saluran itu juga akan menjadi medan untuk masyarakat berinteraksi bagi membincangkan berhubung sesuatu perkara yang berunsur kerohanian.

"Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan sebarang mesej kepada masyarakat terutama penduduk di kampung.



"Dari segi material untuk disiarkan, kita tidak mempunyai masalah kerana sudah banyak syarikat-syarikat produksi menawarkan bahan untuk ditayangkan dalam saluran TV Islam itu nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup program empat hari Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda di Dulang Besar, di sini semalam.

Jamil Khir berkata, saluran itu juga akan menyiarkan produk-produk seperti yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) termasuk pemberian pinjaman kecil-kecilan, untuk memastikan maklumat mengenai penawaran kemudahan itu sampai kepada setiap golongan sasaran.

Jumaat lalu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. - Bernama

No comments: