30 June 2009

Hitam Putih

di sini Hitam Putih segalanya. Hitam Putih warna kehidupan....

Matahari dah naik....

Cepat...cepat ...cepat, matahari dah terang. embun pagi pun dah kering dek sinaran mentari. Selamat Pagi semua....

Banyak yang tersirat dibalik tersurat. Masa yang diperlukan. Luangkan sedikit masa sementara ia masih ada. Jika ia sudah pergi, hanya kenangan mengisi segalanya.

Selamat Pagi dan Laksanakan Tanggungjawab dan Amanah Yang Diberi

29 June 2009

Setenang Petang di Tasik

Kadang kala seronok pula bila lihat mentari melabuhkan di waktu petang ditepian tasik. Keadaan ini memang menenangkan buat seketika. Terfikir dan bermuhasabah diri melihat dairi perjalanan selama 2 bulan ini. Banyak yang dilalui, pelbagai dugaan dan cabaran.


Melihat pada wajah mungkin tidak mengambarkan apa yang tersirat. Tapi ada yang mengetahuinya. Terkelu lidah pabila ada yang bertanya. 'Kenapa akak tengok macam lain....'. Terkelu lidah lantaran menjawab 'Lain tang mana...' Terima kasih kepada yang prihatin ini.


'Akak doakan..........'. Terima kasih sekali lagi. Apa pun cabaran yang bakal ditempuhi, kita haruslah bersabar. Jika dipuji itu satu hadiah, jika dihina itu menjadi satu cabaran, jika sedih itu mendewasakan kita, jika terguris hati dan perasaan itu akan mematangkan kita. Sebagai khalifah, kita akan mensyukuri setiap detik dan setiap saat masa, tenaga yang dikurnai Allah.

Hari ini dimaklum perkara A. Esok rupanya perkara A itu adalah was-was dan diragui. Semua itu satu dugaan. Insyallah jika anda menghadapinya, hadapinya dengan tabah. Kuatkan semangat dan keazaman. Perbaikilah mana yang kurang. Tak semua sempurna, tak semua dapat dipenuhi, tak semua yang dikatakan akan terlaksana, tak semua yang diimpikan akan tercapai.
Walau apa pun yang berlaku, esok adalah berbeza. Sesuatu yang berlainan pasti berlaku. Yang lepas menjadi catatan sejarah.

Sarapan dulu...

Alhamdulilah, pagi nie dimulakan dengan Sarapan Nasi Lemak. Sedap dan menyelerakan. Lepas ini mula kerja.

28 June 2009

Sunday n Me

my lovely Sunday at Tasik Putrajaya. enjoy sun shine scenery here

Makan Malam @ Pagi

pilihan makanan lewat malam dan di awal pagi. jadi tak lah lapar sangat.


Jalan-jalan

sekadar mengisi masa pagi tadi...jalan-jalan ambil angin




Mencapai Cita-cita


Alhamdulilah, pendaftaran sebagai pelajar telah berjaya dilaksana. Selepas bercuti sepenuhnya, tumpuan aku sebagai 'Pelajar'. Group QA2, ada 4 orang, at least adalah member.

26 June 2009

air di kolam


percikan air di kolam sesuatu yang indah. bunyi air sahaja dapat membuat hati ini tenang. apa yang telah berlaku telahpun berlaku. tapi kenapa ia terus berulang dan berulang lagi? adakah sehingga sesuatu yang tidak diduga akan berlaku barulah perkara ini akan tamat. aku terus berdoa agar Allah terus memberi Taufiq dan HidayatNya kepada hambaNya.

25 June 2009

Terima kasih....

terima kasih Chai Hah, Hisham dan En Harun untuk lunch tadi. makan ditempat kegemaran Alam, mana lagi restoran arab di Cyberjaya tu la. last makan-makan b4 bercuti sepenuhnya.

ini minuman kegemaran Alam kat sini. boleh minum sampai 4-5 botol

Keropok & Sos Thai

ada dua makanan yang Alam teringin nak makan iaitu Nasi Kerabu dan satu lagi Ikan Bakar. ada Alam ajak sahabat pergi. tapi dia mengelak aje. macam-macam alasan. malam nie teringin nak makan keropok Ikan Parang. emmm, soreng sedikit dan makan dengan sos Thai. Alhamdulilah, mudah dan menyelerakan.


24 June 2009

1 Rejab....Ku Sambut Sekali Lagi

Alhamdulilah....1 Rejab tahun ini dapat disambut lagi. Bersyukur pada Allah kerana masih dipanjangkan umur dan didoakan dimurahkan rezeki. Beberapa jam lagi, akan berkumandang azan Maghrib dan bolehlah berbuka. Emm...nak makan apa hari nie? Nak yang paling simple dan mudah. Maklumlah orang bujang. Kepada yang berpuasa, Selamat Membuka Puasa
Hari ini juga, aku bersyukur kerana aku telah pun ambil Surat Tawaran Penuh. Mula-mula nak ambil awal tetapi disebabkan banyak tawaran universiti yang diterima, aku pun jadi konfius mana nak pilih. Lepas ini aku bercuti selama 18 bulan bagi menyambungkan pengajian aku. Doakan aku terus berjaya. Insyallah. Alam Setia selepas ini jadi pelajar.......galas beg pi universiti.

Twiggies

sedap juga bersarapan awal-awal pagi dengan twiggies. nak tidur semalam tak lena. entahlah...

23 June 2009

Makan Lewat Malam

tadi aku gi gym kejap. walaupun dah lewat sebenarnya. apa lagi..... lepas geram dgn cycling disana. at least pecah peluh aku....hehehehe. basah lencun juga jadinya. then balik rumah aku tukar baju dan terus ke Cyberjaya makan. pekena Tom Yam Noodle dan Ice Cream Snow - Manggo.



Nak makan apa mlm nie?

tunggu punya tunggu dari jam 5.30 petang, pilih nak makan apa malam nie? ilang mood mlm nie. nasib baik tak masak. kalu tidak membazir sahaja. aku keluar jap...


Minum petang

lapar sungguh petang ini, nak makan apa malam nie? aku belasah air dulu + snack.


22 June 2009

Mee Pedas....

masak Mee Goreng pedas ala-ala masakan Thai. kalau tak berpeluh tak sah. Alhandulilah kenyang. boleh buat lagi bila ada masa.

Lapaq nie..

Lapaq betoi, apa lagi cheq makan nestum jer petang ni. Lapaq siot......

Salah Siapa?

Bunga ditaman sebelah tempat parking kereta pagi tadi.

Tertarik untuk mengulas petikan daripada Harian Metro 'Faktor menarik, Menolak Kunjungi Kedai Syahwat' susulan daripada artikel hujung minggu. Emm...macam-macam boleh diperkata. Suami curang @ Isteri tak beri layanan mesra @ Suka-suka sahaja. Salah siapa?
Jika si isteri yang membaca sudah pasti marah, jika suami yang membaca pasti tertanya-tanya. Tak sangka, balik semasa balik kerja disambul mesra, si suami kata penat bekerja. Di waktu pagi hendak ke kerja, sarapan disediakan, baju digosok, makan malam dihidangkan, pabila kurang sehat dijaga rapi, waktu malam seperti biasalah ( ta tau lah...tak kawin lagi..kekekeke). Si isteri sanggup tak tidur malam bekorban untuk yang tercinta.

Bagi suami, sudah pasti hendak yang terbaik. Balik rumah sure muka cool sahaja. Tak ada apa-apa yang berlaku. Walau apa pun alasannya kita perlu ingat 'setiap seorang lengkap melengkapi antara satu sama lain' dan 'kongsilah kebahagian ini sebaik mungkin' untuk kesejahteraan bersama. Jangan curang, kang terkantoi abis. Nak kantoi bukan esok lusa, mungkin sebulan dua atau setahun dua. Kasih sayang boleh dipupuk dan ditingkatkan sehari demi sehari.
Ini adalah sebahagian daripada 'borak-borak' dengan member QA yakni akak-akak, abang-abang, makcik-makcik dan pakcik-pakcik semasa kitorang hantar borang di JPA. Ada yang sudah mula cuti dan belum lagi. Lama tak jumpa, duduk ramai-ramai borang panjang.
p/s untuk Yati :- Apa dah terjadi? Alamak..... aku lari dulu.

ada pun....

Tengah kemas-kemas dalam laci aku terjumpa. Baru perasan rupanya disebalik peralatan alat tulis dalam laci. terima kasih kepada yang memberi. Butang Baju tu daripada Pn. Rose yang beli dari Sabah. Dengar cerita nak masuk kerja disini semula. Manakala Bekas Kaca tu, tak ingat lah sapa yg kasi. Mesti officemate juga ni. Tapi dah lama kot sebab penuh dalamnya duit syiling untuk sarapan pagi. Lebihan duit syiling masuk dalam bekas tu. Esok bawa banyak2 gi kafe. Makcik kaunter kafe tu suka. Apa-apa pun terima kasih semua. Jasa baik anda dikenang.

Isnin Dah Datang

Isnin dah datang. Selamat bekerja semua.
Semoga yang terbaik untuk anda. Jika hadapi sesuatu, buatlah keputusan terbaik. Jika melibatkan 'Kekeluargaan', jadilah khalifah yang adil dan saksama, jika melibatkan ''Kerjaya', jadilah pemimpin yang tauladan dan berdaya maju, jika melibatkan 'Persahabatan dan Kasih Sayang', kekalkan dan eratkan perhubungan itu, jika melibatkan 'Kehidupan Sosial', buatlah pemilihan yang bersesuaian. Semuanya untuk masa hadapan yang bakal kita tempuhi.
Sujud pada Illahi, bersabar dan sentiasa tawaduk akan merupakan mutiara yang sentiasa bersinar dan akan memberi kebaikan untuk semua.
Selamat Bekerja.

21 June 2009

Sehijau pokok dilaman

Sehijau pokok dilaman, menjadi pilihan. Tak kala dalam perjalanan nak ke kafe disana. Kalau Azwa dan Aliza tengok sure diaorang kutuk aku dok ambil gambar. Dua member QA aku dulu yang aku panggil penulis wahyu. Biasalah tempat orang aku belasah jer. Nak ke mana selepas ini. Rasa nak jalan-jalan. Tapi bila? Aku pun tak sure......


Mampukah aku hadapinya....

Takala pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan

Antara kelebihan Bulan Rejab :-

1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt

2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa

3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt

4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat

5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah

6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga

7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."


KELEBIHAN BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Gambar & Nasi Kerabu

Tima kasih kepada member dalam FB yang kasi komen tentang entry yang lepas. Banyak idea dan pilihan.

Satu menceritakan segalanya...

apa maksud disebalik gambar ini...?

Semoga Ia Direalisasikan

Dalam dua hari ini, satu berita berkaitan dengan dunia penyiaran telah dibuat. Kewujudan TV Islam sebagai medium baru penyampaian mesej berkaitan dengan Islam. Seingat Alam dulu, semasa perang Teluk ramai yang menonton siaran TV Al-Jazeerah di Astro. Semua berita tentang Iraq disampaikan disitu mendapat rating yang tinggi. Ramai yang ingin mengetahui berita tentang peperangan yang menyebabkan kejatuhan Presidan Saddam Hussien melalui Al-Jazeerah. Jika di Malaysia, kewujudan Tv9 oleh konglomerat Media Prima mendapat sambutan ramai. Warna hijau menjadi pilihan. Ramai yang menonton siaran di Tv9.

Sudah pasti bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil menonton Adik@9. Siaran kartun berbahasa melayu sedikit sebanyak mengajar mereka berkomunikasi. Banyak watak kartun terus menjadi kegilaan kanak-kanak. Kewujudan Radio IKIM.FM, siran radio Islam terus berkumandang. Semasa memandu, kita boleh mendengar. Banyak pengisian berkaitan dengan Islam boleh diperolehi.

Diharapkan dengan kewujudan TV ISLAM pada kali benar-benar direalisasikan. Penjenamaan adalah amat penting bagi membolehkan ia terus selari dengan arus semasa. Pengisian kandungan hendaklah yang terbaik. Bersama-sama kita doakan. Insyallah.


TV Islam Medium Baru Sampai Mesej

YAN: Saluran televisyen Islam akan dilancarkan sebaik mendapat frekuensi bersesuaian dan bakal menjadi medium baru dalam menyampaikan maklumat tepat mengenai sesuatu perkara yang menyentuh syariat Islam kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, berkata sebaik beberapa masalah teknikal dapat diselesaikan, saluran itu juga akan menjadi medan untuk masyarakat berinteraksi bagi membincangkan berhubung sesuatu perkara yang berunsur kerohanian.

"Siarannya adalah percuma kerana kita melihat ini adalah peluang terbaik untuk menyampaikan sebarang mesej kepada masyarakat terutama penduduk di kampung.



"Dari segi material untuk disiarkan, kita tidak mempunyai masalah kerana sudah banyak syarikat-syarikat produksi menawarkan bahan untuk ditayangkan dalam saluran TV Islam itu nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutup program empat hari Generasi Bebas Jenayah Rakan Muda di Dulang Besar, di sini semalam.

Jamil Khir berkata, saluran itu juga akan menyiarkan produk-produk seperti yang ditawarkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) termasuk pemberian pinjaman kecil-kecilan, untuk memastikan maklumat mengenai penawaran kemudahan itu sampai kepada setiap golongan sasaran.

Jumaat lalu, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam bersetuju supaya diwujudkan satu saluran televisyen Islam bagi menampung keperluan dan permintaan siaran program-program berbentuk kekeluargaan, sosial, budaya serta ekonomi yang mencakupi tuntutan syariat. - Bernama

20 June 2009

kena standby

kali ini turn aku kena standby diopis untuk siapkan bahan taklimat. aduh....aku kena design.

Pencarian Nasi Kerabu

Kalau di Putrajaya ni, sure ramai yang tahu Gerai Kak Mah Nasi Dagang yang terletak di persimpangan masuk Putrajaya Gate 1. Selain daripada itu, mana lagi ya? Entahlah...teringin lah pula nak makan Nasi Kerabu. Sedap jika ada Daging Panggang dan Ayam Panggang. Lapar nie...

kemas-kemas terjumpa

Tengah aku kemas-kemas barang di opis ari ni, aku terjumpa. Gambar Runway tahun 2007. Sure CikGeli teringat masa kitorang sama-sama posing dulu.

makan ni ajer..

Pusing punya pusing nak cari Nasi Kerabu tak jumpa. Kedai yang jual untuk sarapan, dah abis. Waktu ni mana ada org beli Nasi Kerabu lagi sebab dah tengahari. Mana nak cari eik.....teringin sangat. Sekarang ini dimana-mana sahaja dah ramai yang jual Jambu Batu dan Air Jambu. Apa lagi, dah dahaga air.....berenti dan beli. Minum dan makan.


Singgah kejap di Uniten, pekena Mee Rebus kat situ. Cuaca ari ni tak panas. Boleh makan disitu. Mamu yg jaul kat situ, dok tengok2 ....awatlah budak ni ambil gambar. Kekekekeke...promosi katakan.

Sehat dan Cantik....

Aktivit pagi ni, Alam terus menuju ke gym gara-gara nak cycling. Nak beli basikal untuk naik keliling Putrajaya macam group semalam tu tak mampu. Kena ada bisikal yg bagus dan pakaian serta peralatan yang ditetapkan. Tak dapat naik basikal betul, naik di gym pun bolehlah. Cuma suasana lain. Pergerakan setempat sahaja. Tapi yang penting berpeluh....basahlah baju yg dipakai tu. Belasah jer pagi nie sebab orang tak ramai di hujung minggu.
Kasut ni dah 2 tahun berbakti ...


Tukar baju dulu.....lepas nie nak gi cuci kereta pula.


Cuci kereta dan minta mamat tu lap sampai berkilat.

Sarapan Hujung Minggu

Pejam celik pejam celik sudah seminggu. Hari ini Sabtu, dah cuti hujung minggu. Itu lah putaran masa yang cepat berlalu. Kita sebagai Insan hendaklah menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita miliki dan kita tempuhi. Tidak ada sesorang yang sempurna, tetapi kita saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Saling hormat menghormati antara satu sama lain untuk kesejahteraan bersama. Adakah kita seorang yang lari daripada masalah dan cabaran? atau pun kita yang bersama-sama membantu dalam menyelesaikan sesuatu perkara? atau kita sekadar pemerhati kepada apa yang berlaku dipersekitaran kita?
Situasi ekonomi, dunia kewangan, keadaan sosial, jaminan keselamatan dan pentas dunia politik dalaman dan luar negara banyak dramanya dan banyak telenovela. Yang menarik dan sensasi manjadi perhatian dan sebaliknya. Semua ini berlaku sehari ke sehari. Hargailah masa yang anda ada. Bersyukur padaNya.

Sarapan dulu