PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, turut menyertai program `Earth Hour’ anjuran World Wide Fund for Nature (WWF) yang diadakan serentak selama satu jam di seluruh dunia malam ini, membuktikan komitmen penduduk dan rakyat negara ini terhadap bumi dan pengekalan alam sekitar.
Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata program itu akan tertumpu di Dataran Putra, Presint 1 hingga ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5.
“Justeru, semua lampu berbentuk ‘non essential’ serta lampu ‘facade’ bangunan di sepanjang Persiaran Perdana akan dipadamkan untuk menunjukkan kerjasama dan kesepakatan dalam menangani isu perubahan iklim global.
“Selain bangunan, beberapa dataran dan jambatan termasuk Dataran Putra, Dataran Putrajaya, Dataran Gemilang dan Dataran Wawasan, serta Jambatan Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang akan digelapkan dalam tempoh itu.
Biasanya, Persiaran Perdana menjadi pilihan pengunjung dan jurugambar yang ingin melihat wajah bandar raya bercahaya tetapi kali ini satu detik bersejarah bakal dirakamkan kerana pertama kali Persiaran Perdana digelapkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam
Program ‘Earth Hour’ anjuran WWF dilaksanakan serentak di seluruh dunia bermula jam 8.30 malam (waktu tempatan) dengan memadamkan lampu sebagai simbolik di peringkat global mengurangkan kesan perubahan iklim.

-Harian Metro-
No comments:
Post a Comment