30 March 2009

pening disana pening disini

analisis kuantitatif dah abis kelas, minggu ini analisis kualitatif. aduh pening kepala sekumpulan nak buat assigment. pagi belajar, petang kena siap tugasan. esok pula kena present. puan mai kata 'kumpulan kita selalu dapat soalan susah'. nombor kumpulan no-8, seharusnya nombor ini banyak ong...


28 March 2009

Putrajaya Sertai ‘Earth Hour’

PUTRAJAYA: Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, turut menyertai program `Earth Hour’ anjuran World Wide Fund for Nature (WWF) yang diadakan serentak selama satu jam di seluruh dunia malam ini, membuktikan komitmen penduduk dan rakyat negara ini terhadap bumi dan pengekalan alam sekitar.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata program itu akan tertumpu di Dataran Putra, Presint 1 hingga ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Presint 5.

“Justeru, semua lampu berbentuk ‘non essential’ serta lampu ‘facade’ bangunan di sepanjang Persiaran Perdana akan dipadamkan untuk menunjukkan kerjasama dan kesepakatan dalam menangani isu perubahan iklim global.

“Selain bangunan, beberapa dataran dan jambatan termasuk Dataran Putra, Dataran Putrajaya, Dataran Gemilang dan Dataran Wawasan, serta Jambatan Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Gemilang akan digelapkan dalam tempoh itu.

Biasanya, Persiaran Perdana menjadi pilihan pengunjung dan jurugambar yang ingin melihat wajah bandar raya bercahaya tetapi kali ini satu detik bersejarah bakal dirakamkan kerana pertama kali Persiaran Perdana digelapkan,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini, semalam

Program ‘Earth Hour’ anjuran WWF dilaksanakan serentak di seluruh dunia bermula jam 8.30 malam (waktu tempatan) dengan memadamkan lampu sebagai simbolik di peringkat global mengurangkan kesan perubahan iklim.
-Harian Metro-

Satu Kenangan di Makan Malam

Kenangan Makan Malam ICU JPM Tahun 2008 yang telah diadakan pada 24 Mac 2009 di JW Marriot Putrajaya. Tema malam ini adalah 'Kurnia Ilham, Kilauan Bakti, Bersinar Jasa'.


Koleksi Kenangan





Ini makan malam bersama di ICU JPM.

60 Earth Hour

28 Mac 2009 bermula jam 8.30 malam. Bergelap sejam sahaja.

27 March 2009

Sudah 2 Minggu

Alhamdulilah, sudah 2 minggu disini. Kena beri tumpuan untuk minggu hadapan. Selamat berhujung minggu

Jadual yang perlu diingat


Pembentangan


Fikir-fikir cari jawapan

26 March 2009

...ada hikmah disebaliknya

....sudah pasti bagi sesuatu yang berlaku ada hikmah disebaliknya. yang penting kita bersabar menghadapi dugaan Allah. semalah kita bergembira, hari ini kita sedih. yang penting kuatkan semangat dan keazaman.jangan putus asa. kemalangan itu hanya satu dugaan yang menguji kesabaran dan keimanan kita. banyak-banyak bersabar untuk Shahrul & Kak Rozi.








Good Luck

Gook Luck to my team untuk presentation hari Khamis. Jangan gementer, belasah jer.



19 March 2009

tugasannnnn - Problem Statement

Hari kedua sahaja sudah ada tugasan kena siap. Semuanya berkaitan dengan Researc Process. Puan Ho, yang begitu terkenal dikalangan semua pelajar QA di INTAN menjadi pemudahcara dan pencetus idea memberi panduan untuk menjalankan tugasan. Next week Khamis (26 Mac 2009) akan membuat pembentangan kumpulan. Peperiksaan pula pada 3 April, 17 April dan 24 April. Jom terus perah idea.



Posted by Picasa

Jom Tengok Belon Panas

19 - 22 March 2009

Venue: Putrajaya
The Fiesta will be held at Precinct 2, Putrajaya adjacent to the ‘Monumen Alaf Baru’

Number of Hot Air Balloons: 25
20 standard shaped hot air balloons
5 special shaped hot air balloons

Participating countries

Pilots from 19 countries have been invited to participate in the Fiesta namely;
Australia, Belgium, Germany, Indonesia, Italy, Japan, Korea, Malaysia, Netherlands, New Zealand, Oman, Philippines, Switzerland, Sweden, Thailand, Turkey, UAE, United Kingdom and United States of America.

17 March 2009

Sudah bermula

Mulai minggu ini sudah bermula Kursus QA Kumpulan 2 Tahun 2009. Seramai 99 orang telah mendaftarkan diri. Biasalah semuanya dimulai dengan program Suai Kenal. Banyak aktiviti dimulakan sebelum kelas bermula esok. Jadual memang padat sekali. Doakan kami semua berjaya. Insyallah.





14 March 2009

mendengar seketika...Dan Sebenarnya




best juga layan lagu ini....

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain

adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku

pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

Terima kasih semua...

Alam ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kakitangan di Seksyen Pentabiran kerana mengajurkan acara makan-makan Laksam khusus untuk Alam. Terasa sungguh terharu buat kalian semua. Kalian sampaikan hajat Alam Setia. Hanya Allah yang dapat balaskan jasa baik kalian semua dan semua ini menjadi kenangan bersama. Suatu ketika dahulu anda pernah bertugas dibawah penyeliaan Alam Setia. Terima kasih sekali lagi.

Selepas solat Jumaat pula, satu jemputan oleh Ibu Ksanty & Pn Masura daripada Pasukan Handholding & Training. Mereka bersama-sama Alam untuk melaksanakan projek pada ketika ini. Makan-makan ini di Kelab Tasik Putrajaya setelah beberapa kali dan bulan ditunda. Apa lagi, bila disini menu Mee Goreng Mamak menjadi pilihan Alam. Dihadiri juga oleh Pn. Wan & Mon. Doakan Alam berjaya dalam bidang yang bakal ditempuhi minggu hadapan. Marah, geram, gembira semasa melaksanakan projek ini menjadi kenangan bersama. Ada yang Alam belajar daripada mereka semua dan ada yang Alam mengajar mereka. Semua ilmu dikongsi bersama.

Lepas sahaj waktu kerja terus Alam check in penerbangan untuk pulang ke Alor Setar. Bagus juga pabila MAS memperkenalkan check in web. Mudah, cepat dan tak perlu beratur lagi dikaunter atau pun beratur di mesin Self Check In di airport. Cepat dan mudah.

Mula-mula nak tunggu sorang Sahabat Alam datang tapi beliau ada tugasan yang perlu dibuat. Parking kereta di stesen Sentral Putrajaya dan menaiki ERL. Sorrylah pakcik yang dok tunggu tu, dok tengok Alam kusyuk makan buah ini. Tak perasan mula-mula, tapi last-last perasan gak. Malu pun ada, segan pun ada.

Alhamdulilah sampai dengan selamatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

Esok, Alam akan pulang semula ke Putrjaya. Sekejap aja disini.