31 March 2008

singgah sekejap sebab aziz nak beli keropok lekor untuk keluarganya di melaka. alhamdulilah, jumpa juga orang jual keropok lekor di kuantan dan berhampiran dengan hotel penginapan. ingat nak ke Kemaman tapi tak sempat sebab kena balik juga seberapa segera.

digerai akak nie pun ada jual ikan kering.



senyum akak ni bila alam ambil gambar dia. datang dr mana? he he he



jumpa gak stesen minyak. kena isi minyak keta dulu.

Alam@Kuantan

Petang Jumaat selepas solat Alam terus bertolak ke Kuantan. Sebelah malam akan bermula program. Emmm....tima kasih Aziz ko memandu dengan berhemat. Kitorang naik Kelisa jer.









26 March 2008

Makan-makan

-alhamdulilah dapat makan-makan-










25 March 2008

Kuantan

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kuantan is the state capital of Pahang, the largest state in Peninsular Malaysia. It is situated near the mouth of the Kuantan River and faces the South China Sea. The population of Kuantan is 58% Malay, 32% Chinese, 4% Indian and 6% other races. If one measures the distance along the east coast of Peninsular Malaysia, it is located roughly halfway between Singapore and Kota Bharu.

The Pahang state government shifted the administrative centre of Pahang from Kuala Lipis to Kuantan in 1955.

Recently, the National Physical Plan 2005 identified Kuantan as one of the future growth centres and hubs for trade, commerce, transportation and tourism

History

Kuantan is said to have been founded in the 1850s. The word "Kuantan" was mentioned by Abdullah Abdul Kadir (Munshi Abdullah) circa 1851/2 as below:

"On Thursday night came a boat from KUANTAN. Then they told the ship's crew there's a pirate ship at Tanjung Tujuh, forty of them and at Pulau Kapas, and as well at Pulau Redang; it was spotted by two Kuantan boats and they set off...."

In its early days, it was known as Kampung Teruntum (Teruntum Village). The kampung was situated at the mouth of Sungai Teruntum which is in front of the current hospital and it was established by Haji Senik and his followers in the 1850s. Early primary economic activities included fishing and small businesses. The main evidence of the establishment of the village is the cemetery that is situated near Taman Esplanade in front of the current Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Towards the late 19th century, arrival of Chinese miners and traders saw the establishment of a township in Kuantan and also nearby tin mining areas such as Gambang and Sungai Lembing. Similar to what occurred in other states in Peninsular Malaysia, rubber plantations attracted Indian settlers as well

Komputer kena lupus

Oleh AZIMI MUSTAPHA
azimi.mustapha@kosmo.com.my

JOHOR BAHRU - Benarkah komputer yang dibekalkan ke semua sekolah atas jenama Mimos hanya boleh bertahan untuk jaminan dua tahun dan tidak boleh dibaiki selepas itu?

Itulah persoalannya apabila hampir separuh daripada komputer yang dibekalkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Uda di sini rosak tetapi tidak ada pihak yang boleh membaikinya.

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Mohd. Razif Husin berkata, sekolah itu menerima sebanyak 20 unit komputer daripada Mimos lebih kurang dua tahun lepas.

Katanya, pada mulanya, semuanya berjalan baik, tetapi selepas tempoh jaminan dua tahun tamat, sembilan daripada komputer tersebut rosak.

Tegasnya, pihaknya memanggil pihak pembekal untuk membaiki komputer yang rosak, malangnya mereka memberitahu, 'anggaplah ia sebagai lupus kira'.

"Apa yang saya faham, lupus kira bermakna komputer itu boleh dijual sebagai barangan lusuh.

"Alasan yang diberi ialah alat ganti komputer berkenaan tiada dalam pasaran dan terpaksa diimport dari China," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Mohd. Razif yang juga Pengerusi Kelas Komputer Dalam Pendidikan (KKDP) sekolah tersebut, PIBG sekolah tersebut bernasib baik kerana mempunyai 41 unit komputer sendiri dan tiada masalah sehingga kini sejak dibeli pada tahun 2002.

Katanya lagi, apa yang menghairankan ialah bagaimana sebuah syarikat yang diberi tender membekalkan komputer di sekolah-sekolah seluruh negara boleh 'lepas tangan' seperti itu?

"Saya tak pasti jika masalah serupa turut berlaku di sekolah lain yang menerima komputer ini tetapi yang jelas, perkara ini tidak sepatutnya timbul," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Mimos Smart Computing Sdn. Bhd. (MSCSB), Hasnul Omar ketika dihubungi menjelaskan, dakwaan tersebut perlu disiasat sebelum boleh diberi penjelasan.

Katanya, MSCSB yang merupakan anak syarikat Mimos telah mendapat tender kerajaan membekalkan kira-kira 1,500 komputer kepada sekolah-sekolah di seluruh negara sejak empat tahun lalu.

Sehingga hari ini jelasnya, belum ada lagi sebarang masalah yang dibangkitkan oleh mana-mana sekolah terhadap semua komputer yang dibekalkan.

"Kami perlu siasat sama ada sekolah tersebut menerima komputer daripada pihak MSCSB atau tidak dan saya juga perlu tahu sama ada maklumat yang diberikan itu daripada kakitangan MSCSB sendiri atau sebaliknya.

"Ada kemungkinan juga ejen-ejen kami di Johor Bahru yang telah memberi maklumat salah kepada pihak sekolah," katanya ketika dihubungi semalam.

Ujar Hasnul lagi, selepas menjual komputer tersebut kepada sekolah, MSCSB memberi jaminan selama dua tahun dan penyelenggaraan secara percuma kepada sekolah yang terlibat dalam tempoh tersebut.

"MSCSB tidak akan bertanggungjawab untuk melakukan penyelenggaraan dan diambil alih oleh pihak lain selepas tamat tempoh jaminan.

"Kemungkinan penyelengaraan dilakukan oleh pihak lain dan mereka mengambil jalan mudah dengan mengatakan komputer tersebut sebagai lupus kira," jelasnya.

Bagaimanapun Hasnul Hasnul berharap agar pengadu dapat menghubungi pihaknya supaya punca sebenar masalah tersebut dapat dicari dan diselesaikan dengan segera.

"Kita perlukan masa untuk meneliti semula dakwaan dan kerosakan pada komputer tersebut," jelasnya.

24 March 2008

Selamat Bekerja

- selamat bekerja semua -

23 March 2008

108 juta laman blog

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan percuma yang mudah dilayari serta interaktif antara faktor tarikan media alternatif, blog menjadi pilihan ramai, terutama golongan muda, sehingga wujudnya 108 juta laman blog hingga Februari lalu.

Malah, medium bebas yang memaparkan pelbagai bentuk maklumat itu tidak terhad di dalam negara, tetapi juga antarabangsa dengan mencatatkan kewujudan 120,000 blog baru setiap hari atau 1.4 blog sesaat.

Penulis blog, Yasser Arafat Ishak atau lebih dikenali dengan nama pena Jiwarasa, berkata blog yang kini menjadi sumber maklumat alternatif bukan sekadar catatan, diari dalam talian atau laporan semata-mata, tetapi turut memaparkan keluh-kesah, artikel atau komen seseorang.

Katanya, kepentingan blog semakin ketara hari ini kerana ia memiliki rangkaian luas, cepat dan boleh dilayari ramai pengguna pada satu-satu masa.

“Berdasarkan statistik pengguna Internet di negara ini, pada 2000, ada 3.7 juta pengguna daripada 24.6 juta atau 15 peratus dan ia naik mendadak tahun lalu apabila 13.5 juta melayarinya daripada 28.2 juta penduduk.


“Begitu juga penulis blog yang semakin meningkat saban hari dan buktinya dengan kewujudan pelbagai jenis blog, antaranya dalam undang-undang, agama, pendidikan, politik dan bisnes,” katanya ketika menjadi ahli panel diskusi, Penulis dan Blog: Trend Masa Kini, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.

Selain Jiwarasa, seorang lagi penulis blog, Nisah Haron dipilih menjadi ahli panel dalam program pertama kali anjuran DBP itu yang dipengerusikan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsudin Othman.

Menurut Jiwarasa, blog yang boleh diibaratkan seperti kanvas putih dan diwarnakan mengikut acuan juga berdepan cabaran daripada penulisnya, sama ada menulis perkara baik atau sebaliknya.

Sementara itu, Nisah berkata, blog yang menjadi sumber golongan muda selain media cetak dan elektronik kini memberi impak atau kesan kepada masyarakat dan negara.

“Antara contoh, dalam pilihan raya baru-baru ini, blog antara medium yang menjadi perhatian selain media arus perdana.

“Ia kini bukan sekadar catatan penganggur atau wanita yang tidak bekerja, tetapi lebih daripada itu,” katanya.

Nisah turut meminta penulis blog yang ada atau baru wujud menggunakan Bahasa Melayu dalam blog mereka supaya bahasa ibunda itu diangkat dan diletakkan di tempat sewajarnya sepertimana Bahasa Inggeris yang menjadi pengantar utama.

Sementara itu, Timbalan Presiden komuniti blog Geng Jurnal yang memiliki 3,400 ahli, Zaifulnizam Wakiran, berkata maklumat yang terkandung di dalam blog mampu mempengaruhi pembaca jika penulisan itu tidak diberi pertimbangan sewajarnya.

“Hari ini medium blog semakin mendapat perhatian seperti mana dalam pilihan raya lalu apabila ia menjadi senjata pembangkang untuk provokasi,” katanya.

22 March 2008

Hari Ini Hujan

rancang perjalanan anda, jangan lupa lihat ramaln cuaca. dimana nak cari? jom tengok disini http://www.kjc.gov.my/malay/cuaca/ramalan/public.html


suasana hujan-hujan dari jendela pejabat





Sarapan Pagi

semalam hujan juga. aku keletihan sesangat. entahlah semenjak aku join team baru, penat sangat. macam-macam kena fikir. pagi ini aku sarapan Nasi Lemak Kerang. tengkiew, akak nasi lemak jiran sebelah rumah. tahu-tahu ajer selera alam ini. hidup berjiran katakan.

21 March 2008

Kisah Hari Yang Hujan

kisah hari hujan, tak sangka macam-macam boleh berlaku. nak keluar sahaja kerja, tayar kereta pancit. alamak, camana nie? aku kena sampai ke pejabat b4 jam 8.30. ada meeting nanti, kalau terlambat, nampak sangat. lupakan dulu hal kereta, terus aku ke pejabat. naik apa sekali pun, aku kena pasti aku sampai juga.
nak balik pula, hujan lebat sebelah petang. nasik baik Sepol tumpangkan aku. alhamdulilah dan aku nak ucapkan terima kasih. mula-mula aku nak balik naik bus aje atau teksi. dulu pernah juga aku susah naik bus. tukar 4 buah bas baru sampai umah.
-moga Allah membalas jasa baik-

Jumaat 13 Rabiul Awal 1429

Jumaat kali ini ramai orang. Kebiasaan jemaah solat agak kurang berbanding dengan hari ini.
alhamdulilah, mudahan berkekalan.

20 March 2008

Jom Makan Sate




Maulidur Rasul

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w semperna Sambutan Maulidur Rasul

- Sinar Cahayanya Menerangi Seluruh Alam -

18 March 2008

Hujan @ Mesjid Putra

.....sebelum hari hujan

Perdana Putra




PUTRAJAYA: Berikut senarai jemaah menteri yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad hari ini:

Perdana Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

JABATAN PERDANA MENTERI
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Menteri: Datuk Ahmad Zahid Hamidi
Menteri: Datuk Zaid Ibrahim (senator)
Menteri: Datuk Amirsham A Aziz (senator)
Timbalan: Datuk Johari Baharum
Timbalan: Datuk Dr Mashitah Ibrahim (senator)
Timbalan: S K Devamany
Timbalan: Datuk Hasan Malek

KEMENTERIAN DALAM NEGERI
Menteri: Datuk Seri Syed Hamid Albar
Timbalan: Datuk Chor Chee Heung
Timbalan: Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (senator)

KEMENTERIAN KEWANGAN
Menteri: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri II: Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Timbalan: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan: Datuk Kong Cho Ha

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan: Datuk Anifah Aman

KEMENTERIAN KERJA RAYA
Menteri: Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed
Timbalan: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan: A Kohilan Pillay (senator)

KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan: Datuk Joseph Salang Gandum

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan: Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan: Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Menteri: Datuk Shahrir Abdul Samad
Timbalan: Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PELAJARAN
Menteri: Datuk Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan: Datuk Razali Ismail

KEMENTERIAN PENERANGAN
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERPADUAN, KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
Menteri: Datuk Shafie Apdal
Timbalan: Teng Boon Soon

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Menteri: Datuk Dr. S Subramaniam
Timbalan: Datuk Noraini Ahmad

KEMENTERIAN SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI
Menteri: Datuk Dr Maximus Ongkili
Timbalan: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Menteri: Datuk Ong Ka Chuan
Timbalan: Datuk Robert Lau Hoi Chew
Timbalan: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN PERTAHANAN
Menteri: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak
Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Menteri: Tan Sri Muhammad Muhd Taib
Timbalan: Tan Sri Joseph Kurup
Timbalan: Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan: Datuk Seri Tengku Azlan Abu Bakar

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan: Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan: Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan: Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA,KELUARGA DAN MASYARAKAT
Menteri: Datuk Dr Ng Yen Yen
Timbalan: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN PELANCONGAN
Menteri: Datuk Seri Azalina Othman Said
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
Menteri: Datuk Zulhasnan Rafique
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
Menteri: Datuk Seri Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Idris Haron

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Seri Panglima Abdul Ghapur Salleh

16 March 2008

Makan-makan

Dah lapar nie... dari MISA ke Pameran Kereta, jadi kami sepakat nak makan di Medan Selera Mesjid Putra. Malas nak jalan jauh-jauh lagi.