27 December 2007

terima kasih semua

Jadual hari ini memang padat sekali. semalam aku tak tidur nak membaca tentang Blue Ocean Strategy (BOS) + Key Performance Indicator (KPI) + Outcome Monitoring yang bakal digunakan untuk perancangan tahun hadapan. Banyak juga lah yang nak dibaca. Walaubagaimanapun, alhamdulilah siap juga membaca. Itu kisah semalam......
Hari ini penuh dan penuh jadual. Ingatkan bolehlah berbincang dengan Linda nak settle beberapa perkara berkaitan dengan perkhidmatan di Call Centre + Pencapaian Tahunan. Emm....separuh jalan sahaja yang sempat. Rasa macam kejap sahaja dah tengahri. Agenda lapar mengisi ruangan antara jam 12.30 tgh - 2.00 ptg. Sempat makan makanan di bilik training tu.... sedap oooiii.

Macam biasa, aku ke Alamanda dengan Dolah. Tak der tempat lain nak pegi kalu berada di Putrajaya ni. Tetiba Nora call, bos cari aku. Petang ni ada interview khas. Ops.... bos nak aku prepare beberapa perkara. Terus kitorang balik.....



Sampai sahaja, aku prepare apa yang patut. Tq Liza ko kasi aku slide tu. Boleh aku guna. Tq to Abg Hassan, Cha-Om dan Husen. Korang siapkan apa yang patut di Bilik Nadi. Sorry lah, bilik baru kau tak reti guna equipment dalam tu. Kalu bilik lain aku dah biasa. To Puan Juraimi, tima kasih pinjamkan dokumen-dokumen yang digunakan semasa pameran yang lepas.
Satu tugas SEGERA yang hendak dilaksanakan oleh aku. Siap SERTA MERTA. Esok lah aku buat sikit garis panduan untuk dilaksanakan.


Untuk kalian semua, terima kasih segalanya. Hanya ALLAH yang dapat membalas jasa baik kalian.

1 comment:

shahril aley said...

selamat bekerja keras alam.....