
Sesudah menunaikan solat, terpandang kelipan cahaya lampu menyinari masjid. Di situ teringat pada erti persahabatan. Tertanya-tanya, kenapa persahabatan tidak dihargai. "Sibuk", "Ada kerja" atau menyepi........ Perlukah satu noktah sebagai tanda tamatnya persahabatan. Ya, mungkin perlu bagi yang tidak menghargainya. Di sini sahaja jalinan persahabatan. Bukan tidak dicuba untuk menegur sapa, tetapi pelbagai cara diguna namun jawapannya tiada. Janji tidak kesampaian dan terus dilupakan. Perkataan maaf langsung tidak pernah diungkapkan. Susah atau malu.... Biarlah masa yang akan menentu segalanya. Masa akan datang pasti berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Insyallah.
3 comments:
persabahatan? mungkin sukar untuk kita mencari sahabat yang benar2 faham diri kita...mungkin jugak disebaliknya...tapi yang penting dalam persahabatan ini adalah kejujuran & keikhlasan yang menjadi kunci kekalnya segalanya...
persabahatan? mungkin sukar untuk kita mencari sahabat yang benar2 faham diri kita...mungkin jugak disebaliknya...tapi yang penting dalam persahabatan ini adalah kejujuran & keikhlasan yang menjadi kunci kekalnya segalanya...
Sahabat yg kekal adalah Allah..tempat kita mengadu dan meluahkan segalanya tanpa henti...Moga DIA membantu kita dalam apa jua yang kita lakukan diatas mukabumi ini..Insyallah..
Masjid yang begitu indah tanpa qariahnya nampak begitu sepi tapi beruntunglah sesiapa yang mengimarahkannya...Moga kita dlm golongan yang mendapat kasih-sayang Allah..Insyallah..
Post a Comment