29 November 2007

Alam @ Momunen Alaf Baru

Entahlah...dalam perjalanan balik, alam berhenti seketika di Monumen Alaf Baru. Lama tak ke sini. Menikmati pemandangan Putrajaya yang mula gelap dan hujan.













- lama kita tak jumpa -

Datang ke Pejabat

Mr Krol from Cyberjaya came to my office. Lama tak jumpa. Ade cerita kelakar tentang style rambutnya. Mula-mula Alam ada ambil gambar, tapi dia tak benarkan. Tapi bro, kalu ko buat style macam yang ko tunjuk, sure orang tak kenal nanti. Hi hi hi



adakah itu satu masalah

.....entahlah aku tak pasti napa itu menjadi satu masalah. ''siapa yang menganjurkannya?, nama yang saya beri tak ada dalam senarai nama''. adakah itu menjadi sesuatu yang besar.....sampai nak diemailkan kepada yang terlibat. pelik dan pelik, benda remeh temeh menjadi isu. itu antara yang Alam alami semasa sesi petang pada hari ini (28 Nov 2007). mudah ajer kalau tak puas hati cakap jer lah. tak perlu nak berdolak-dalih @ buat peribahasa @ perumpamaan. terus terang lebih sempurna dan cepat. tak perlu dibuang masa. Alam pun rasa heran nape jadi sebegitu. I do the best dan perkara yang dilakukan ini termasuk dalam skop kerja. tak salah dan betul dan memang tanggunjawab Alam. sebab tak nak mengambil risiko dan bertanggungjawab, perkara ini diberi kepada orang lain. pandai sebut tentang ISO, cubalah baca dulu apa yang terkandung dalam ISO itu. your skop kerja pun tak perlu ada sekarang ni sebenarnya.

Jadi ini jawapannya.
1. Siapa yang menganjurkannya.
- Seksyen Pentadbiran dan Khidmat Pengguna. Kenapa menjadi penganjur? Ini merupakan terkandung dalam skop bidang tugas seksyen ini. Apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh seksyen lain hendaklah melalui seksyen ini. Dalam pengurusan Bahagian, ia akan menjadi penganjur dengan kerjasam pihak lain. Tujuannya, untuk memudahkan pemantauan pelaksanaan program dan aktiviti Bahagian. Jika tidak, jangan harap seksyen ini akan mengetahui apa yang berlaku dan dijalankan.
2. nama yang saya beri tak ada dalam senarai nama
- Sesuatu nama yang dicalonkan itu adakah dimaklumkan kepada 'órang yang dicalonkan'. Jika sekadar mencalonkan tanpa memberitahu kepada ''orang yang dicalonkan'' tak berguna juga. Beritahulah apa yang akan dijalankan, dimana, untuk apa dan +++. Kenapa ini tidak berlaku? BODOH tindakan itu. 'Orang yang dicalonkan' itu semaklah dengan jadual anda dan aktiviti anda sendiri, boleh atau tidak. Beri jawapan 'YA' @ 'TIDAK'. Jangan kerana tidak memberi jawapan @ jawapan yang berubah-ubah, menyebabkan orang lain menjadi mangsa.
- Soal nama tiada dalam senarai nama. Sila lah semak dulu, memo dalaman itu bila disediakan. Jangan jadi BODOH nak marah tak tentu hala sebab nama tak ada. Mesti ada sebab dan mungkin ada jawapan sebagaimana yang dinyatakan di atas.
Apa-apa pun diharapkan perkara yang remeh-temeh ini tidak menjadi lagi dimasa hadapan.
Sebagai panduan disediakan sedikit ringkasan untuk kalian.
1. Jika anda dicalonkan untuk sesuatu perkara, sila membuat perancangan terlebih dahulu dan memberi keputusan. ''Ya, saya akan hadir'' atau "Tidak, saya tidak dapat hadir kerana....''.
2. Kepada yang mencalonkan itu, sila berbincang bersama-sama orang yang akan dicalonkan terlebih dahulu. Bukan sekadar letak nama sahaja dan nyatakan sebab musabab.
3. Kadangkala pabila anda dicalon untuk menghadiri sesuatu program/bengkel/seminar/latihan di atas beberapa faktor. Elakkan daripada "Aku tak minatlah''. Kenapa anda dicalonkan?
  • Ia berkaitan secara langsung dengan bidang tugas anda. Justeru itu, anda boleh mendalami perkara-perkara baru/ perkembangan terkini. Contohnya A menjaga network, menghadiri seminar berkaitan dengan Managing Network Security (WAN and LAN). Ia ada berkaitan secara langsung, Network dan Managing Network Security.
  • Ia berkaitan secara tidak langsung dengan bidang tugas anda. Misalannya B bertanggungjawab untuk menguruskan Projek Pemasaran Produk XYZ. Beliau menghadiri seminar 'Safety Packing'. Kebiasaanya B terlibat dalam bidang pengurusan kewangan dan pada kali ini seminar ini memberi value added untuk pemasarannya.
  • Ia tidak berkaitan langsung dengan bidang tugas anda. Bagi kategori ini anda boleh mengetahui dan mempelajari sebagai maklumat tambahan yang boleh membantu anda dimasa hadapan. Sesungguh ilmu itu adalah luas, pelajari sesuatu yang baru untuk pengetahuan yang baru.

4. Elakkan daripada beberapa perkara.

  • Best tak tempat tu? Buat dimana? Ada apa disitu?
  • Bilik sorang ker? Besarker bilik? Makan sedapker?
  • Lepas tu korang pergi mana? Siapa yang bawa?
  • Boleh bawa family? Siapa nak ambil gf aku nanti? Siapa nak jaga anak ?
  • Nak pergi dengan apa? Dapat flight ker? Jauhlah
  • Sapa lagi yang pergi? Aku tak de geng lah

5. Perkara yang bersifat 'peribadi' atau 'kekeluargaan' selesaikan terlebih dahulu. Selesai dahulu perkara yang dinyatakan di no.4 itu.

6. Pertimbangkan perkara yang dinyatakan di no 3 dan seterusnya beri keputusannya.

Mudah sahaja. Jangan menyusahkan diri anda sehingga orang lain yang menjadi mangsa. Apa-apa pun pengalaman ini sesuatu yang bermakna.

Alam @ Rebung

Meraikan 'promotion' kerja Om Kc di Restoran Rebung. Tahniah ! Suasana selesa dan masakannya sedap.



















kelas oh kelas.

menghadiri satu kelas selama dua hari. alhamdulilah ilmu baru dipelajari.







semasa nak tunggu train di KL Central, sempat jenjalan disekitar tempat jualan. ambil gambar sekejap





26 November 2007

Bunga Perhiasan Hari Q

beberapa koleksi bunga-bunga yang diambil dari ruangan pameran semperna Hari Q JPM yang diadakan pada 26 dan 27 November 2007. Anda semua dijemput.








Ahad @ Alamanda

Singgah sebentar di Alamanda. Pergh....ramai sungguh orang di hari Ahad. Tambahan pula, cuti sekolah. Seronoknyer mereka.....ada cuti panjang


Bayar parking ramai orang juga ya. Jangan tak bayar, nanti tak boleh keluar

Inilah makana 'lunch' alam sebab semua tempat padat dan penuh. roti pun rotilah tapi sedap.





Kalau dulu di sini AmBank dan sekarnag ni AmIslamic Bank. Singgah di sini bayar kereta + sewa rumah.



Penginapan Alam Setia

atas pemintaan Linda yang nak tengok sangat rumah sewa alam. ini dia, permintaan dipenuhi. rumah bersaiz kecil tapi selesa untuk didiami oleh alam.


bilik pertama - dijadikan bilik study + guest room jika ada tetamu dan bertama warna merah.





bilik kedua - bilik tidur Alam dan bertema warna hijau & oren










bilik ketiga -dijadikan bilik pakaian + stor barang lain








ruang makan & ruang tamu yang bertemakan warna biru, hitam dan cokelat














- rumah flet sahaja. tapi selesa buat alam -