08 November 2006

Tahniah !!!!

Ramai tertanya-tanya, mana aku pergi. Susah sangat ker nak jumpa. Sms tak reply, call tak angkat, hp tak bawa dan email tak reply. Antara 4 perkara ni, mungkin berlaku pada aku dan kawan2 aku. Emmm.....aku pun ta tau nape. Mungkin mood tak der. Aku masih lagi demam ni. Deman-deman pun, kerja masih kena buat. Itu komitmen aku pada kerjaya. Kepada sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang aku jemput ke Jamuan Raya, terima kasih korang datang jauh-jauh. Ini sebenarnya, bukan jamuan raya opis aku tapi Jabatan aku, JPM. So semua 36 buah agensi membuat hari terbuka bersama-sama.
Disinilah alkisah bermula. Aku ditugaskan mengetuai team opis aku untuk jamuan raya tahun 2006. Ini pertama kali, last year pun aku tak pergi, malas sebenarnya. Tapi bila amanah sudah diberi, tanggungjawab kena dilaksana. Terima kasih semua, atas tanpa anda, kita tidak akan berjaya.
Bagi tahun 2006, pertandingan gerai terbaik, opis aku mendapat tempat ke-2. He he he he...penat letih berbaloi. Tempat pertama MAMPU, kedua ICU JPM dan k-3, Istiadat. Tema bagi tahun 2006, aku memilih ala-ala Kampung Kontemporari bersama menu "Nasi Ayam Original Resipi ICU JPM". Wow terkejut semua bila aku kasi idea ini.
Biasalah aku, bila ader tugasan, aku guna kuasa 'veto' aku 47.5. Kalau member2 IT, diorang tahu apa maksud itu. So ramailah yang membantu aku untuk projek ini. Tak kira bahagian mana, semua akan turut serta.
So, kepada geng-geng yang sedang berkursus dan yang tak dapat hadir, ini untuk tatapan korang semua. TAHNIAH SEMUA, KITA MENANG TEMPAT Ke-2 TAHUN INI.



Ini gambar lokasi gerai. Alamak, plan aku lain, jadi kena buat rombakan konsep.
Last minit punya, kuasa veto jadi pilihan.

Dari jarak jauh, cam nie jer kah...emmmm


Hanya diberi, satu meja, 2 kerusi dan 1 gerai.
No problem, nanti lihat perubahan.


Aku yang lead the team, jadi designer tak bertauliah...he he he he.
Kerja2 bermula dari ini.



Gimik konsep tahun nie. Ayam kampong.....


2 ekor ayam, betina dan jantan.
Isk...ayam2 nie, sempat jugak beromen dalam sangkar. Gambar yg tu, bahaya.



Abg Hassan & Shahrul. Penat....


Gambar dengan Shahrul. Gelap lah....aduh...


Contoh teladan yang baik, Tunjuk cara2 hias makanan.
Tolong makcik2 opis buat persiapan makanan.


Kebersihan WAJIB diutamakan.


Bergambar bersama-sama team yang membantu aku.


Hiasan yang biasa sahaja.


Hiadangan Nasi ayam, untuk sesiapa yang nak makan terus.


Ini dalam kul 3.30 ptg, kemas-kemas gerai. Jamuan dah abis sayang...


Letih dan memenatkan tapi satu pengalaman yang menyeronokkan.
Baju aku pun basah...he he he. Terpaksa pakai singlet, cover dengan jeket.
Kang seksi plak staff tengok aku.


Gambar2 gerai aku yang best2 nanti aku upload lagi. Shah jurufoto, tak kasi lagi. Yang ini, yang aku amik.



No comments: