14 March 2009

Disebalik 8321

Pertama sekali, sorry Alam lambat update. Ini catatan cerita pada Jumaat 12 Mac 2009 yang lepas. Disebalik kisah 8321 sesuatu telah berlaku. Pagi ketika itu, hujan agak lebat diluar bangunan. Walaubagaimanapun, semuanya selamat. Cuma kenderaan sahaja yang menjadi mangsa. Inilah kisah 8321 yang berlaku pada Kak Mazlia. Kereta yang diparking oleh Kak Mazlia di kotak parking telah dilanggar oleh kakitangan lain. Tapi yang herannya, camana boleh berlaku. Adalah disebabkan oleh jalan yang basah atau kecuaian pemandunya? Hanya boleh diketahui melalui CCTV sahaja dan disaksikan oleh Kak Rozam yang kebetulan perking kereta berdekatan disitu. Dinasihatkan agar semua pemandu memandu dengan sebaiknya.




Kak Mazlia, banyak-banyak bersabar. Ini dugaan daripada Allah.

12 March 2009

Error disana error disini

jadi lagi masalah ini. kenapa? dan bila ia akan selesai?
memang aku marah....

tengah-tengah

ari ni aku lambat gi opis. sengaja atau malas nak gi. akhirnya, kaki ini terus langkah ke pejabat. aku jalan dengan selamba sahaja masuk opis. mata-mata rakan-rakan terus memandang. 'patutlah pagi ni akak tak nampak kereta' + 'aik, bangun lambat ker' + 'ingatkan meeting di luar' + 'awak datang lambat ya'...itu antara yang diungkapkan oleh rakan-rakan sepejabat. apa-apa pun terima kasih sebab ambil berat.

terus ke bilik latihan, aku kena beri taklimat. mula-mula orang lain,tapi dia ada hal last minit, so tak kesah lah. last year sepanjang tahun aku kasi membuat marketing dan promosi tentang topik ini. para peserta tak jadi nak mengantuk. then follow dengan team member lain untuk topik seterusnya. hahahaha....

seterusnya, aku terus ke MAS Putrajaya urus tentang tiket penerbangan. aku hampir lupa perjalanan pergi dan balik aku. maklumlah minggu depan cuti sekolah. 'bawa anak jalan-jalan ker?' kekekekke, soalan maut aku terima. terima kasih pada kakitangan kaunter di MAS Putrajaya sebab tolong dapatkan tiket yang terbaik dan siap explain lagi walaupun banyak pelanggan pada masa itu.

11 March 2009

jom pi tgk...Telentime



A talent search competition has matched two hearts - that of Melur, a Malay-mixed girl and an Indian male student, Mahesh. Melur, with her melodious voice, singing whilst playing the piano is one of the seven finalists of the Talentime competition of her school organised by Cikgu Adibah. Likewise Hafiz, enthralling with his vocalist talent while playing the guitar, dividing his time between school and mother, who is hospitalised for brain tumor.

It all started after Mahesh, amongst the students assigned to get the finalists to school for practice, delivered the notice of successful audition to Melur's house. His handsome looks attracted the girl. Early on of their relationship, tragedy struck Mahesh's family when his uncle Ganesh who had been the care-taker of the family since the loss of Mahesh's father, was stabbed to death on his wedding day. Melur thinking that Mahesh's silence was due to his grief over the tragedy became furious when she was continuously ignored. She regretted it however after Hafez revealed Mahesh's situation.

That changed Melur's perception of Mahesh. Likewise Mahesh, who grew comfortable with the presence of the girl who often quotes beautiful poetry. Mahesh, realizing that the relationship will be opposed, kept it hidden from his mother,still grieving over the death of Ganesh. Alas, the secret was exposed and Mahesh was assaulted before Melur's very eyes. Just a day before the competition, is Melur resilient enough to sing the poetic lyrics of her song when her heart is tormented by the thoughts of Mahesh? What about Mahesh who has found his first love? On Talentime night, everything unfolds

Cecah Mak Bee

Mak Bee, Kak Bee, Tok Bee...itu antara kuah rojak yang dijumpai. Yang mana satu yang betul ni. Teringat ari tu, member opis bawa balik dari Penang jenis Mak Bee. Apa lagi, ambillah kuah rojak Mak Bee. Dicecah bersama buah-buahan sedap tak terkira. Cubalah...Kuah Rojak Mak Bee




Bila buka kotak tu, ada cawan. Thanks to Kina yang hadiahkan kitorang semua sorang sekotak. Kenangan daripada kawan sepasukan yang berpindah ke pejabat baru. Disana disitu, jumpa juga.


Good Luck !!!

Selamat Maju Jaya dalam interview petang ni.
All The Best.
drp : Alam Setia

Syukur

....tidak boleh digambarkan dengan perkataan. syukur pada Allah. aku berjaya siapkan tugasan walaupun disaat-saat akhir. semoga pembentangan esok berjalan lancar.


10 March 2009

Sudah Diumumkan...Pakej Rangsangan Hadapi Ekonomi RM60 Bilion



10 Mac, 2009 16:54 PM

RM60 Bilion Pakej Rangsangan Hadapi Ekonomi Suram

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan suntikan tambahan RM60 bilion menerusi satu lagi pakej bagi merangsang sektor penting dalam ekonomi negara untuk memelihara kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam mengharungi kebimbangan prospek ekonomi sejagat yang suram.

Ketika membentangkan pakej rangsangan itu, yang kedua seumpamanya dalam tempoh lima bulan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pakej untuk tempoh dua tahun itu mengandungi empat teras iaitu;

+ mengurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan;

+ meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas;

+ membantu sektor swasta menghadapi krisis; dan

+ membina keupayaan masa depan.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, ketika membentangkan pakej itu di Dewan Rakyat, berkata kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat dan meringankan keperitan yang dirasai terutamanya kepada mereka yang mudah terjejas.

"Memandangkan senario ekonomi global yang meruncing maka pakej rangsangan kedua ini perlu bersifat lebih komprehensif dan bersaiz besar yang menjangkau lebih banyak sektor ekonomi dan kumpulan sasaran.

"Ini termasuk pekerja, pengguna, pelabur, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur," katanya.

Tanpa berselindung mengenai kegusaran prospek ekonomi global, Najib bagaimanapun berkata beliau yakin Malaysia mampu untuk berdepan dengan persekitaran yang sukar seperti beberapa krisis yang terdahulu dengan adanya semangat bersatu dalam kalangan rakyat.

Katanya Malaysia tidak boleh bergantung kepada dasar pemulihan ekonomi ortodoks, sebaliknya mesti berani merangka keadah inovatif untuk menangani krisis itu.

"Kita sudah mula kedengaran suara rakyat yang mahu kerajaan dan pembangkang untuk melaksanakan usaha memulihkan semula ekonomi negara dalam keadaan kegawatan ekonomi global dan mengetepikan kemelut politik.

"Saya sendiri menerima saranan ini dengan hati yang terbuka. Kita perlu peka kepada saranan rakyat yang semakin lantang dan kerap diutarakan supaya kerajaan dan pembangkang memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat," katanya sambil mengajak pembangkang untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha itu.

"Besar harapan semua, bila berdepan dengan ribut ekonomi yang melanda, kita akan sentiasa sepakat sekata, sederap usaha, memikir melaksana apa yang terbaik untuk rakyat jelata," katanya.

Najib mengumumkan pakej itu, yang dianggap sebagai bajet mini, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Pada 4 Nov lepas, kerajaan mengumumkan pakej rangsangan pertama bernilai RM7 bilion, yang menurut Najib, sejumlah RM6.5 bilion daripadanya telah diagihkan untuk pelaksanaan projek.

Pakej kedua ini turut memberi habuan kepada penduduk Sabah dan Sarawak terutama dalam penyediaan infrastruktur bernilai RM1.2 billion bagi meningkatkan ekonomi di kedua-dua negeri itu.

Ia termasuk pembesaran lapangan terbang Sibu dan Pelabuhan Miri, membaik pulih infrastruktur akibat banjir dan menaik taraf sekolah di Sarawak manakala di Sabah, ia melibatkan sistem penghantaran elektrik Kota Kinabalu, menambah baik jalan dan jambatan serta menyelesaikan masalah perkhidmatan kesihatan di Hospital Queen Elizabeth.

Dalam pembentangannya selama satu jam 15 minit itu, Najib mengakui Malaysia berhadapan dengan situasi ekonomi yang amat mencabar dalam senario ekonomi global yang begitu meruncing hingga mengakibatkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka berada dalam lingkungan negatif satu peratus hingga positif satu peratus bagi tahun 2009.

Najib berkata pakej rangsangan ekonomi berjumlah US$3 trilion oleh negara-negara maju untuk menyelamatkan institusi-institusi kewangan dan syarikat gergasi mereka, masih gagal memulihkan keyakinan pengguna dan pelabur.

Katanya Amerika Syarikat, negara perdagangan terbesar dunia, dijangka mengalami pertumbuhan negatif 1.6 peratus, United Kingdom (negatif 2.8 peratus), Jepun (negatif 2.6), Korea Selatan (negatif dua peratus), Taiwan (negatif empat peratus) dan Singapura (negatif 4.9 peratus).

"Malah Menteri Mentor Singapura (Lee Kuan Yew) telah membayangkan bahawa ekonomi Singapura akan menguncup negatif 10 peratus pada tahun ini," katanya.

Najib berkata Malaysia terpaksa menerima hakikat bahawa ekonominya yang begitu terbuka akan mengalami tekanan berikutan kegawatan ekonomi global akibat kejatuhan nilai eksport, eksport komoditi yang terjejas, pelaburan langsung asing (FDI) berkurangan dan kejatuhan pasaran saham Bursa Malaysia.

Bagi menangani pengangguran, peruntukan pakej itu akan disalurkan ke arah menyediakan 163,000 peluang latihan dan pekerjaan, membiayai kos pengajian bagi program peringkat sarjana dan kedoktoran falsafah serta memberi insentif potongan cukai kepada majikan yang menggaji pekerja yang diberhentikan.

Menurut Najib, kerajaan akan mengambil 63,000 kakitangan untuk mengisi kekosongan jawatan, termasuk 13,000 jawatan pegawai kontrak.

Peluang pekerjaan lain ialah 4,000 tenaga kerja untuk skim perkhidmatan singkat; 1,000 siswazah sebagai guru kontrak; 800 pekerja kontrak bagi Program Cari di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; 1,000 pembantu kesihatan kontrak; 4,500 pegawai banci kontrak; serta 1,700 jururawat dan kakitangan sokongan hospital.

Tenaga kerja skim perkhidmatan singkat dengan kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menerima gaji RM1,200 sebulan manakala guru kontrak siswazah dibayar gaji RM2,000 sebulan.

Bagi membantu siswazah menganggur, sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi program latihan sambil bekerja iaitu 1,000 graduan dalam sektor kewangan manakala 2,000 orang lagi di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terutama sektor perkhidmatan seperti penyumberan luar, penerbangan, utiliti, kesihatan dan multimedia kreatif.

Syarikat swasta yang menggaji pekerja yang telah diberhentikan dalam tempoh 10 Mac hingga 31 Dis 2010 diberi potongan cukai dua kali ke atas amaun gaji yang dibayar. Amaun potongan yang layak tidak melebihi RM10,000 sebulan dan terhad kepada 12 bulan gaji untuk setiap pekerja.

Kerajaan akan menampung kos yuran pengajian dan bahan penyelidikan sebanyak RM20,000 bagi setiap pelajar di peringkat kedoktoran falsafah dan RM10,000 bagi sarjana.

Sebanyak 500 tempat bagi ijazah kedoktoran falsafah dan 10,000 bagi sarjana disediakan di institusi pengajian tinggi awam serta Universiti Tenaga Nasional, Universiti Multimedia dan Universiti Teknologi Petronas.

Skim PROSPER siswazah, yang dilaksanakan sejak Jun 2005, dikembangkan skopnya untuk memberi peluang kepada pemegang sijil kemahiran dan teknikal. Seramai 400 siswazah akan mendapat manfaat daripada program ini.

Kerajaan juga akan mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dengan menaikkan bayaran levi pekerja asing sebanyak dua kali ganda bagi semua bidang kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. Levi akan dibayar oleh majikan dan bukan oleh pekerja.

Najib berkata lesen agensi pengambilan pekerja asing dibekukan.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan golongan mudah terjejas akan mendapat faedah daripada skim jaringan keselamatan sosial, selain peruntukan RM27.9 bilion bagi menampung keperluan subsidi bagi tahun 2009.

Pakej rangsangan itu memberi peruntukan tambahan sebanyak RM20 juta bagi meningkatkan kemudahan pusat penjagaan harian warga tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita dan menambah kemudahan pusat asuhan kanak-kanak.

Bagi membantu nelayan yang mengalami musibah di laut, kerajaan menyediakan peruntukan permulaan sebanyak RM2 juta kepada Tabung Kebajikan Nelayan yang akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) manakala bagi pekerja yang telah diberhentikan, pengecualian cukai ke atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000 bagi setiap tahun genap perkhidmatan.

Najib berkata institusi perbankan bersetuju menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan oleh pekerja yang diberhentikan selama setahun.

Bagi menyokong usaha itu, kerajaan bersetuju agar pendapatan faedah bank berkaitan dengan penangguhan bayaran balik pinjaman itu hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima.

Pakej kali ini juga menyediakan RM1.95 bilion bagi membina dan menambah baik 752 buah sekolah terutama di luar bandar.

-- BERNAMA

08 March 2009

pelbagai...

pelbagai pilihan untuk dikongsi bersama mengikut tema








06 March 2009

Dewasa RM0.50

Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM 0.50 untuk dewasa. Jenis bus Nadi Putra. Lokasi di tempat menunggu di Wakaf JPM. Arah yang dituju adalah Presint 9, Putrajaya. Ini adalah sedikit catatan pengalaman menaiki bus untuk pulang ke rumah. Maklumlah kereta rosak, jadi tak der pilihan lain. Nasib baik ini bukan waktu kemuncak. Jika tak sure ramai orang. Untuk perjalanan hari ini agak selesa. Mungkin boleh cuba ke arah yang lain pula, Alamanda. Bagaimana dengan pengalaman anda?