25 September 2007

Amal Jariah

Terima kasih En. Khai yang mensedekahkan sebuah buku Surah Yasin, Tahlil, Zikir, Doa dan Panduan 40 Ibadat. Buku ini diwakafkan sempena memperingat beberapa ahli keluarga. Al-Fatihah untuk semua umat Islam.




Berbakti...

Terima kasih TT kerana teman beli satu barang. He he he.....sama ker? Entahlah. Harga yang berpatutan dan bersesuaian dengan perbelanjaan. Yang diguna sekarang sudah menjelajahi beberapa buah negeri, jika dikira daerah, tak terkira. Banyak baktinya kepada Alam untuk memudahkan urusan kerja. Selesai sajer bali barang yang dikehendaki, TT pun mula....


Memandu dan terus memandu.

Kadang kala kita ingin cepat ke tempat kerja atau pun ke destinasi yang dikehendaki. Memandu ke kanan ke kiri mengikut citarasa sendiri. Ada kalanya cara kita membahayakan diri sendiri dan mungkin ia memberi kesan kepada mereka yang berada disekeliling kita.
Mungkin bulan Ramadhan ini ramai yang bermula waktu bertugas agak awal sedikit. Kalau dahulu jam 8 pg - 5 ptg, kini bermula jam 7.30 pg -4.30 ptg. Perlu pulang ke rumah untuk menyediakan juada berbuka. Pagi ini Alam baru perasan sebuah kereta yang sama pada setiap pagi yang agak kelam kabut sedikit pemanduannya. Mungkin hendak cepat ke Putrajaya agak. Apa-apa pun, anda boleh keluar dengan lebih awal sikit dari waktu kebiasaannya. Jadi tak perlulah tergopoh gapah ke Putrajaya. Almaklumlah, kalau dah jam 7.20 pg laluan masuk ke Putrajaya dah mula perlahan pergerakkannya. Gunakanlah laluan alternatif di Gate 1. Janganlah potong kanan, kiri dan ke kanan semula. Jagalah keselamatan. Ayat kurang sopan "Setan punya pemandu, sial bawa kereta macam cibai. Nombor ajer Putrajaya XXXX, tak tau ker bila jalan jem. Hampeh"
Mudah ajer ambil gambar, pemandu tu perasan. Lepas tu baru bawa baik sikit.

Wow...dengan siapa tu?

Wow....dengan siapa tu? Seronok baby-baby tu dapat bergambar dengn Anuar Zin.
Aik, baby yang nak bergambar @ mama diorang yang nak bergambar. Apa-apa pun ini kenangan Ramadhan disini.




Jom rasa dulu desert ni.......sedap.



Coretan Kenagan Bersama....









Dimana Alam Setia? Tak nampak pun....rahsia.

Disini Lagi....

Dimana kita berbuka, walaupun berulang kali ditempat yang sama, kita merafaqkan kesyukuran pada IIlahi diatas nikmat yang diberikan. Terima kasih untuk Shuhaimi, Quad dan Chot dari IDS. Lama betul tak bertemu dengan korang. Turut disertai oleh beberapa orang kawan2 lain. Abg comel pun ader. hi hi hi hi










23 September 2007

TQ Bro

Kasa Impian bersama abang Ijam yang memasang lampu ......kitorang beli lampu dari jenis yang sama. Brother Ijam tolong pasangkan lampu....koleksi dr Ikea.