06 March 2007

Putrajaya Paling Panas di Malaysia

UTUSAN MALAYSIA

BALIK PULAU 5 Mac – Putrajaya kawasan paling panas di Malaysia?. Kenyataan itu mungkin boleh dipersoalkan tetapi dinyatakan sendiri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid yang menurutnya pembangunan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu yang tidak mesra alam.

Menurut Azmi, pokok-pokok yang terdapat di Putrajaya hanya penghias landskap tetapi tidak meredupkan kawasan itu.

‘‘Landskap sedia ada tidak dirancang untuk menyejukkan kawasan tersebut, sekadar mencantikkan sahaja,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Taman Negara Pulau Pinang di sini hari ini.

Bimbang

Terdahulu, Azmi menyatakan kebimbangannya mengenai pencemaran yang disifatkan sebagai ‘hebat’ berlaku di kawasan perairan Pantai Kerachut yang merupakan salah sebuah tempat pendaratan penyu untuk bertelur terutamanya Penyu Agar.

Jelas Azmi, jika dilihat menggunakan satelit, Putrajaya merupakan paling panas di negara ini diikuti Kuala Lumpur yang tergolong dalam kategori hot urban island.

Di Pulau Pinang pula, katanya, kawasan perindustrian Bayan Lepas dikenal pasti tergolong dalam kategori kawasan yang sama.

Ujar Azmi, beliau membangkitkan isu kepanasan di Putrajaya pada mesyuarat Kabinet bulan lalu dan pihaknya juga sudah mengadakan beberapa perbincangan tidak rasmi dengan Putrajaya Holdings bagi mengatasi masalah tersebut.

Menurut beliau, walaupun pihak pemaju berjaya mencantikkan kawasan sekitar Putrajaya namun tidak ada individu sanggup berada di rumah atau berjalan-jalan di kawasan sekitarnya.

05 March 2007

Moga Anda Ceria

Moga anda semua ceria memulakan hari Isnin ini.


Sepul, Ijam dan Alam...






Makan Lagik






Makan Malam @ Pantai Sepang Putra






Terima Kasih Semua...






Jumpa Lagi 2 Mac....

Alhamdulilah, Alam masih lagi dapat menyambut Hari Kelahiran pada 2 Mac 2007. Terima kasih di atas semua ucapan yang diterima. Terima kasih di atas hadiah yang diberi. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik anda semua.