26 April 2009

Makan Kat Mana nie?

menikmati Sup dan Nasi Ayam di Sup & Bun Cafe Bandar Baru Bangi. Alhamdulilah...sedap.


25 April 2009

Sarapan Dengan Jacob's

sarapan pagi bersama Jacob's. nak makan nasi lemak bungkus dengan daun pisang...mana ada jual ya?

Posted by Picasa

makan-makan Steamboat

Lapar-lapar terus ke Johnny's Alamanda menikmati steamboat. Hidangan simple dan murah.

24 April 2009

Minum Petang dulu....

lama betul tak minum petang sebab sebelum nie ada kelas sampai ke petang. tadi lepad solat Jumaat,sempat singgah di Carefour Alamanda beli roti putih. jom pekena roti dan air teh Boh. simple sahaja..


lepas nie nak gi jogging plak. nak bakar lemak2 yang terkumpul 7 minggu nie. kekekekeke

exam dah exam, minggu depan persidangan

exam dah pun exam. ini exam siri ke-3 dan terakhir. penat juga menjawab soalan. kalau sesi pertama dan sesi kedua exam, kedua-duanya selama 3 jam. kali ini hanya 2 jam.
jika sesi pertama masuk exam muka blur, keluar exam lagilah blur
siri kedua pula, masuk muka separa confident, keluar muka serba salah
siri ketiga, masuk dengan paling confident, keluar pun sama juga.
semua happy sebab dapat jawab. cayalah silibus di universiti satu semester, disini hanya seminggu sahaja. siang malam, pagi petang semua kena guna masa sebaik mungkin. teguk juga tapi berjaya menempuhi cabaran ini. next week, ada persidangan kebangsaan. boleh jumpa semua group QA1, QA2 dan QA3.
sebelum exam, bawa semua alat tulis. mudah nak guna nanti.


sampai awal di dewan peperiksaan, kitorang dah booking dulu tempat. satu group dok sekali


bincang-bincang dahulu sebelum exam

kusyuk menjawab soalan exam

bergambar selepas abis exam


Posted by Picasa

23 April 2009

Esok Final Exam

Pejam celik pejam celik dah masuk 6 minggu belajar di INTAN Bukit Kiara. Esok last exam 'Data Analysis Using SPSS'. terima kasih pada semua tenaga pengajar yang diketuai oleh Pn Ho. kepada penulis-penulis nota, terima kasih. kepada yang suka photostat tu, rajin-rajinlah baca nota tu. thanks to staff INTAN - Niza, Ruby dan En. Din yang banyak tolong photostat bahan-bahan keperluan kelas. semoga semua berjaya ESOK. Insyallah. QA2 2009 INTAN BUKIT KIARA


21 April 2009

Jom Pekena

jom pekena, rojak dan cendol. kalau sekitar Putrajaya, Bangi atau Kajanng anda boleh pekena rojak dan cendol di deretan gerai bersebelahan dengan UNITEN. lapaq pulak.....

20 April 2009

isnin tetap isnin

isnin tetap isnin, banyak perkara hari ni. semua group QA divide into 2 groups. satu kelas mengajar oleh Pn. Ho dan satu lagi Dr. bila time tea break dan lunch masing-masing bercerita dengan berita lain. semua terkejut, siapa antara peserta QA kali ini yang kena repeat paper Statistic, diorang bercerita ada 10 orang. semua berdebar-debar, tak lulus terjejas pula peluang. exam last frinday 17th April. today result dah ada. cepat benar. semua hati tak tenang, masing-masing dengan adaian tersendiri. gabra juga Alam sama ada lepas atau tidak. kelas petang terus tak concentrate.

on the way balik sempat Alam ambil gambar. bolehlah juga cuaca hari ni. panas siot sepanjang perjalanan di Maju Expressway KL-Putrajaya. jauh tapi jalan tak jem. terus keluar di Putrajaya.


bila aje rumah teringin nak ambil gambar kunci rumah. orang kata 'rajin berusaha kunci kejayaan'. Alam mesti terus berusaha untuk kejayaan akan datang. Doakan kebahagian di dunia dan akhirat. Amin.

dari jendela rumah, lihat dibawah tenang sekali. kenderaan belum banyak lagi. tetiba Alam teringat dengan kesihatan bos Alam. macamana dengan appointment di hospital? apa-apa Alam doakan yang terbaik. jangan lupa jaga kesihatan. malam nie nak kena baca nota SPSS. belajar guna SPSS dikelas. susah gak. nak buat analisis pun susah juga. Jumaat ini exam yang terakhir.