26 January 2009

Fiesta di i-FEST 09

Hari ini hari terakhir Festival Pembangunan Ekonomi Islam 2009. Bermula pada hari Khamis 22 Januari 2009 sehingga hari Isnin 26 Januari 2009. Selama 5 hari i-Fest dianjurkan di Mid Valley Exhibition Centre, KL. Setiap hari mempunyai tema yang tersendiri iaitu 'Untukmu Palestine' (Khamis), ' Hari Wanita' (Jumaat), ' Dunia Remaja' (Sabtu), 'Bersama Keluarga' (Ahad) dan diakhiri dengan tema 'Fiesta' (Isnin).

Majlis Penutupan i-Fest 09 akan disempurkan oleh Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

25 January 2009

Wahida @ i- FEST 09

Persembahan Wahida di Festival Ekonomi Islam Malaysia (i-FEST 09) yang berlangsung di 22 hingga 26 Januari 2009 di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Kuala Lumpur, Malaysia. Untuk mengetahui tentang i-FEST 09 boleh layari http://www.yapeim.net.my/i-fest08/index.htm












Koleksi Wahida @ i-FEST





22 January 2009

cuaca....

Petang tadi sempat jogging di Taman Perdana Putra. lihat cuaca macam jerebu sahaja. Permandangan rumah Alam dari atas bukit ini agak kurang jelas penglihatan. emmm... jerebu melanda? tapi ramalan cuaca biasa sahaja

Apabila dilihat Index Pencemaran Udara (IPU) ia berstatus Baik. Jika anda ingin mengetahuinya, boleh layari http://www.doe.gov.my/apims/index.php Sistem ini dinamakan APIMS yang dibangunkan oleh Jabatan Alam Sekitar

Manakala maklumat lanjut berkaitan dengan Garis Panduan Kesihatan Akibat Jerebu boleh dibaca di http://www.dph.gov.my/haze/img/guide/Garispanduan%20Jerebu%20Kebangsaan.pdf.


petang ini juga kecil dunia. jumpa si Rasyid, lepas balik DPA 6 bulan, bersemangat nampak jogging di sini. tahniah beb, mana geng2 lain...aku tak nampak pun.

karipap oh karipap

makan karipap ini memang menyelerakan. thanks to kak raja, yg syorkan karipap ini.
alam panggil 'karipap mak murni'




20 January 2009

Mendaki ke Atas

Masih banyak lagi usaha yang perlu dilaksanakan dalam usaha mendaki ke kemuncak. Nampak begitu mudah sekali, tetapi menguji kesabaran dan perancangan yang teliti. Itu hakikatnya di tahun 2009. Tahun implimentasi semua inisiatif yang telah dirancang terdahulu dengan lebih giat lagi. Walaubagaimanapun semangat berpasukan adalah kunci kepada kejayaan. Terus mendaki sehingga ke kemuncak.

Ekonomi Gawat, Kadar Jenayah Naik

Ekonomi Gawat, Kadar Jenayah Naik
Kosmo - 20 Januari 2009

KUALA LUMPUR - "Naik di antara dua hingga lima peratus."

Itu ramalan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mengenai kadar jenayah ekoran kegawatan ekonomi global.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang percaya kadar jenayah bakal meningkat apabila ramai orang kehilangan pekerjaan.

Lam Thye menjelaskan, antara kes jenayah yang dijangka mengalami kenaikan ialah jenayah melibatkan pecah rumah pada siang hari, ragut dan rompakan.

"Trend jenayah di negara ini kebiasaannya akan naik apabila terdapat kegawatan ekonomi," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Walaupun begitu, beliau menyarankan supaya setiap isi rumah lebih menitikberatkan keselamatan diri sendiri, keluarga dan harta benda.

"Pencegahannya amat mudah, jangan wujudkan peluang kepada penjenayah," jelasnya.

Namun di sebalik langkah yang disarankan kepada isi rumah, Lam Thye menegaskan pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan merangsang ekonomi negara.

19 January 2009

Pilihanraya Pertama Bagi Tahun 2009

catatan pilihanraya pertama bagi tahun 2009.

Jalan-jalan @ Impiana

jalan-jalan disekitar hotel penginapan sebelum program bermula

ruangan lukisan kanak-kanak

yang ini pula untuk Pakcik dan Makcik. Mari masuk... Kekeke

Keselesaan Ala Kampung @ Impiana

Keselesaan ala kampung di Impiana amat sesuai kepada pengunjung yang inginkan ketenangan sambil melihat ombak memukul pantai. Deruan ombak mengisi kesunyian malam. Sedikit susasana bilik seperti kediaman dikampung.