15 December 2007

semalam, bangun awal. jam 5.oo am sudah bangun. seperti biasa bangun awal tapi yang bezanya kali ini untuk memasak. Alam goreng kopok lekor untuk my brother, tapau kopok dengan sos nya sekali. untuk akak-akak pejabat, kak nor dan mazlia goreng dipentry. banyak sangat tak mampu nak goreng dirumah.



tiba di putrajaya seawal jam 7.00 am. ramai juga pagi ni.


Mula-mula plan nak solat Jumaat sekali + kasi keropok lekor, tapi my brother sibuk teramat sangat semalam. alamak, tak abis la. petang pun tak boleh juga. alamatnya, simpan jer lah. ha ha ha, rugi tak rasa kopok ni.

Thanks....

Cik Nora menunjukkan skill menjahit. Thanks tolong Alam.

12 December 2007

forum....

doakan yang terbaik untuk manjadi penal forum pada petang ni.
agak gementar sedikit.

malam @ KT

macam reunion lah pula. sempat kitorang keluar sekejap untuk makan malam




makan-makan jangan tak makan. bila dah sakit teruk nanti dah tak boleh makan. mulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulilah















- tempat makan ni merupakan tempat kegemaran Tan Sri KP -

11 December 2007

tunggu masa

aku masih menunggu masa kenapa terjadi bergini. apa sebabnya. minggu lepas 130, selepas 4 hari 140. aku terus berdoa yang terbaik. aku terus gembirakan diriku ini.


minum-minum

suasana di bumi kuala terengganu hujan sekejap, panas sekejap. bila petang sahaja, terasa lapar. nasib baik Hamima ada, jadi dia pun bawa Alam dan Dolah gi minum petang. tempat ni ok juga lah ... Kemaman Coffee Shop. Tak lah sehebat Stabuk tu.... Menghirup secawan kopi bersama roti bakar.





Meet Uncle Lan

Lama tak berborak sakan dengan Uncle Lan. Bila datang Terengganu, sure cari dia. Kawan lama, bila berjumpa panjang cerita. Kalau dulu dia cita kisah moto besar, kali ini tentang rokok paip dia pula. Baru Alam belajar ilmu baru. Hi hi hi





10 December 2007

perjalanan Isnin...

Perjalanan hari Isnin penuh dengan aktiviti. seawal pagi pada jam 1.20 pagi, Alam ke KLIA untuk mengambil Dolah yang pulang dari Sarawak. Flight delay, tak der pilihan lain untuk mengambilnya. Takala jam 2.45 pagi baru sampai dirumah. Packing barang untuk ke Terengganu. Pecah rekod dalam masa 2 bulan Alam baru hari ini Alam lewat ke pejabat. Masuk opis jam 9.00 pagi. Seperti biasa, terus lapor diri. He he he, korang semua tahukan.
Jam 9.30 bertolak ke Angkasapuri untuk program di radio. Sekali lagi Puan ke udara. Suasana hujan membasahi jalanraya dan menyebabkan pergerakan agak perlahan. Alhamdulilah sampai juga di konti radio untuk progam pada jam 11.15 pagi. Thanks to Cik Hasniah yang baru join disini untuk program2 radio ini. Satu perubahan bagi Seksyen Perhubungan Awam.
Perjalan diteruskan ke Hulu Langat untuk Majlis Pelancaran di peringkat Negeri Selangor. Pergh....hujan tetap lebat. Kesian si Azimah yang uruskan. Brother Mas & Mizi pun punya bimbang. En Mat Arifin tetap cool seperti biasa. Apa lagi Tok Penghulu kata dia dah upah 'tok pawang' untuk bawa hujan ke tempat lain. Emm....nak percaya ker atau satu kebetulan.
Sebagaimana yang dijadualkan, hujan tetiba berhenti. Selepas sahaja program, hujan terus membasahi bumi Hulu Langat. Emm..... semasa di Penang pun sama gak. Lama tak bertegur sapa dengan mereka.
Sekembali di pejabat jam dah menunujukkan pukul 5.30 petang. Apa lagi, kemas barang terus ke ERL Putrajaya. Nak drive, siapa pula nak hantar. Parking di KLIA agak mahal untuk tempoh 3 hari. Alhamdulilah, sempat check ini untuk penerbangan ke Terengganu. Yati & Mona ke Perlis, Zita dan Pn Juraimi ke Perak.
Menaiki penerbangan dimusim hujan membimbangkan. Flight boleh juga landing akhirnya pada percubaan kali ke-4. En Zul terus menjemput untuk membuat persiapan untuk majlis esok. Nak tengok tapak majlis & reharsal dulu. Biasalah sedikit pengalaman untuk 'event management' yang lepas digunakan untuk komuniti disini. Walaupun berbeza dialek, komunikasi masih boleh diteruskan.
Orite semua. Nak upload gambar tak sempat.

09 December 2007

Destinasi...

Destinasi KLIA Transit ini adalah KL Sentral. Stesen seterusnya Putrajaya/Cyberjaya



sunday...