08 October 2007

Alam Warisan, Putrajaya

berkongsi sedikit gambar berkaitan dengan Alam Warisan yang sedang dalam pembinaan yang terletak di Presint 6, Putrajaya dan bakal menjadi salah satu tempat tumpuan ramai. lokasinya adalah berdekatan dengan PICC, Putrajaya.


07 October 2007

Bebas

Suasana pagi di tepi tasik Putrajaya. Melihat awan yang membiru, kebetulan Alam Setia sedondon biru juga. Bukan apa, selepas solat Subuh jadi malas nak tidur semula. Jika tidur, sure bangun lambat. Jadi buatlah apa yang patut mengisi masa diwaktu pagi yang indah. Keluar jenjalan sikit-sikit, tak pergi jauh, Dekat-dekat sahaja.


Pabila melihat burung berterbangan, terasa sungguh bebas disanubari..... Alam pun nak bebas juga. He he he. Kenapa harus berfikir tentang sesuatu yang tidak dapat dipenuhi, apa yang perlu dilaksana, kenapa sanggup begini, bagaimana harusku buat dan sebagainya. Biarlah BEBAS, bebas berlandaskan batasan. Jika hati dah terguris, ia perlu diubati. Perlukah aku rasa benci.... atau terus BEBAS memikir yang lain? Bila terguris, benci dan seumpamanya, kita renungi saat-saat indah bila bersama. Ia akan mengubati hati ini. Entah, adakah ia akan kembali seperti dahulu atau keadaan yang bakal mementukannya. Jom kita terus BEBAS, mencipta satu sejarah yang baru dihari ini dan hari-hari akan mendatang.


Jalan-jalan @ Putrajaya

Cuti hujung minggu ini Alam berjalan-jalan menikmati 'jalan raya' yang tak sibuk di Putrajaya. Bukan seperti hari-hari biasa yang 'sudah' mula sesak dengan kenderaan terutama waktu pagi dan petang. Beberapa gambar yang diambil disekitar Kompleks Sukan Air Putrajaya di Presint 5 dan 6 yang berhadapan dengan Alam Warisan. Opss....Alam Setia & Alam Warisan. He he he he
Merah @ Putrajaya


Putih @ Putrajaya




Merah & Unggu @ Putrajaya




Pohon Kelapa @ Putrajaya






Happy Birthday Alam Setia

Genap 6 Oktober 2007, genaplah umur Alam Setia. Bermula dari entri yang pertama sehinggalah yang ke entri yang ke 458 banyak perkara yang diutarakan. Majoritinya gambar-gambar yang Alam ambil sebagai kenangan bersama-sama sahabat-sahabat dan rakan-rakan. Ada entri yang pangjang dan ada yang pendek. Apa-apa pun Alam gembira membuatnya. Terima kasih semua di atas sokongan anda. Alam Setia juga telah mengeratkan hubungan silaturahim antara insan. Menemukan Alam dengan pelbagai ragam manusia 'rambut sama hitam, hati lain-lain'. Inysallah, doakan yang terbaik untuk Alam bagi menempuhi masa akan datang. Aku tetap tabah menghadapi semua rintangan. Paling tidak dilupai to my brother yang banyak guide dan nasihat Alam dalam segala bidang. Itulah inilah dan paling best ajar cara nak ambil gambar. Begitu juga kepada pakcik Wahdi yang tolong Alam bina blog ini. Terima kasih kepada 'peminat' di atas sumbangan 'Tanda Ingatan'.

06 October 2007

Berbuka semalam...

Menunaikan solat asar di Masjid Uniten sebelum pergi ke Residen Uniten untuk berbuka. Aku gi dgn Dolah aje sebab sebelum tu kitorang survey sedikit barang2 di Seri Kembangan. Dolah nak beli brg2 baru.



Kemudian selepas sahaj solat terus ke Hotel Residen untuk 'bersabar' sebelum berbuka. Alam tak berselera sgt kali ini sebab tengah dok fikir benda lain. Apa nak buat...... yang penting jangan sedih.

Jom rasa...nak tak?

05 October 2007

Alam @ Penang Village, Alamanda

Semalam Alam sempat berbuka bersama En. Ghani. Dah lama kitorang plan, last2 jadi juga. Banyak ler cita diborak2. Pemilihan Penang Village sebab lokasinya di Alamanda. Mudah nak parking, solat dan sambil2 tu boleh jenjalan di situ.








Ragam Jumaat

alam, ko cakaplah dgn dia 'kalau dia tak jual, bagi aku rasa. teringin nak rasa, sedap sangat'.
alamak camana nie? serba salah jadinya.




nora, PA Pengarah posing-posing hari Jumaat di tempat Alam

04 October 2007

Tanda Ingatan

Terima kasih dari seorang sahabat karib Alam yang mengepos Sehelai Kain Pelikat Samarinda dan sekeping Kad Raya. Tanda ingatan tulus ikhlas dari seorang sahabat.

...perlukah

....perlukan aku cerita semuanya atau aku mengambil langkah sengap dan simpan sahaja. nak cakap atau tak cakap. apa lagi projek yang perlu aku laksanakan. perlukan pengorbanan dalam kehidupan ini. aku terlalu rindu dgn segalanya. persekitaran, kehidupan dan persahabatan. atau aku terus menuju mencari sesuatu yang baru. aku sudah bersedia. aku yakin berdirinya aku disini bersama satu impian, satu harapan dan satu lagi sejarah dalam kehidupanku. aku mohon pada-Mu Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. kadang-kala aku terlalu berharap pada seseorang tapi aku tersilap kerana lebih baik aku berdoa pada-Mu IIlahi Yang Mengetahui Segalanya. aku akan kembali seperti dulu. setahun yang lalu dan aku yakin aku mampu melakukannya. Insyallah & doakan aku.


aku ditahun-tahun dulu

Majlis pertama yang dihadiri semasa memasuki kerja ini


Aku di Awana. Ada apa disana?

Kenangan bersama Pak Hassan, pemandu berpengalaman yang banyak membawa aku dulu.

Pengangkutan awam tuntut naik tambang hingga 600%

Apa Pandangan Anda?
____________________________________________________________________________________
Oleh Norliza Abd. Rahman

PUTRAJAYA 3 Okt. – Syarikat pengangkutan awam memohon untuk menaikkan kadar tambang antara 100 hingga 600 peratus mulai tahun depan dengan alasan kos operasi yang semakin meningkat.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Markiman Kobiran berkata, tuntutan itu adalah untuk semua jenis pengangkutan awam.

Sehubungan itu, katanya, kadar tambang baru untuk semua jenis pengangkutan awam akan diumumkan pertengahan tahun depan selepas mengambil kira kos operasi itu.

“Kita tidak akan terima bulat-bulat pandangan mereka. Banyak penilaian perlu dibuat tetapi kita juga mengambil kira kenaikan kos operasi terutamanya bahan api yang mencecah sehingga 60 peratus.

“Kadar tambang baru akan datang bukan sahaja melambangkan kepada kos yang mesti ditanggung oleh penumpang tetapi ia juga mesti menggambarkan bagaimana pengusaha itu sendiri boleh meningkatkan tahap kecekapan perkhidmatan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kursus kesedaran pemandu bas ekspres sempena musim perayaan di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini, hari ini.

Katanya, semakan tambang baru pengangkutan awam itu akan dilakukan serentak untuk bas ekspres, bas sekolah, bas henti-henti dan teksi.

“Ini kerana penumpang bas ekspres, bas sekolah, bas henti-henti dan teksi adalah berlainan antara satu sama lain.

“Semakan secara serentak lebih praktikal kerana kalau sekarang kita kaji teksi enam bulan akan datang bas pula, lepas itu teksi terasa nak naikkan lagi, jadi elok kita buat seragam semua sekali dan gunakan ia sebagai ukuran,” katanya.

Beliau berkata, semakan kadar tambang untuk pengangkutan awam adalah setiap lima tahun tetapi ia boleh dipercepatkan mengikut keperluan semasa.

Markiman berkata, kali terakhir semakan semula tambang bas dan teksi dilakukan pada 2005.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu pembayaran gaji pokok serendah RM250 kepada pemandu bas berlaku disebabkan oleh tindakan pengusaha memajakkan perkhidmatan mereka kepada pihak ketiga.

Menurutnya, jika sesebuah syarikat pengangkutan itu menjalankan sendiri operasinya, masalah gaji rendah tidak akan timbul.