28 September 2007

Selamat Bercuti Hujung Minggu

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu berpuasa. Sudah pasti hujung minggu ini sesak di sana disini untuk membeli persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelma. Untuk anda semua, Selamat Bercuti Hujung Minggu. Cuti raya berapa lama ya? Seminggu @ 2 minggu.....

Budayakan Tulis Jawi @ Mesjid Putra

Pameran Tulisan Jadi @ Mesjid Putra. Sempatlah Alam dan sahabat gie tengok jap. Dia ada ambil pic.





Dia kenal aku???

Tadi masa nak keluar solat Jumaat, Alam menunggu kawan datang. Jadi, Alam pun lepak2 lah diruangan menunggu di lobi pengambilan pas pelawat. Tetiba, ada orang datang. Alam pun mengukirkan senyuman kepadanya tanda bertegur sapa. Terus dia kata "Isskkk...macam kenallah". Alamak, siapa lah pula nie? Alam pun ingat-ingat lupa....he he he. Alam pun minta kebenaran untuk mengambil gambar nak masuk dalam blog. Harap2 beliau bacalah.

janji...?

Hanya wajah yang menceritakan segalanya. Semua tersirat jauh nun dilubuk hati ini.

27 September 2007

Hari ni...

Akhirnya tempat baru Alam baru ada talian Internet direct akses, jika tidak sebelum ini hanya tumpang switch ditempat Pn Munirah. Talian telfom sudah ada. Jadi pada waktu pejabat, bolehlah menghubungi Alam melalui talian terus ya. Tadi Cik Bad hantar cable UTP Cats6 yang baru untuk menggunakan talian Internet yang baru dinaiktaraf. Untuk makcik-makcik, akak-akak, korang jangan lah dok bising sangat. Biar jer pasukan teknikal buat kerja diorang. Kang dah siap, oklah. Sekarang ini dalam proses pengujian rangkaian dalaman. Harap bersabar ya. Kalau nak guna sangat gunalah yang lama. Hi hi hi



Sudah dua hari Alam mengadap jer PC. Kalau ikut sms dari K-Roll "I saw 2 monitor in your table". He he he......bukan apa bro Alam pun tengah nak transfer data. Diorang nak guna pc Alam untuk bilik latihan. Nak buat cammana, kenalah berkorban sikit. Bilik itu pun dibawah projek Alam bagi tahun 2007 juga. Segala rintangan telah dihadapi, alhamdulilah bilik tersebut siap seadanya. Bakal memberi perkhidmatan kepada semua kementerian. Jumpa ya....anda semua disitu.
Antara tugasan baru....hu hu hu. Penat siot mengira angka-angka. Teringat masa disekolah tadika dulu, cikgu ajar 1,2,3,4,5,6,7,8,9...... Itulah yang Alam buat mengira-ngira angka. Apa yang dikira....tunggu lah.



Sambil dok kira-kira angka, rasa jelouslah pula tengok kawan-kawan yang sembang-sembang. Huh...ader sahaj cerita. Nak sembang pun biarlah berpada-pada. Jangan kang ader yang tegur. Apa kata bila 'free' tu buat sesuatu kerja yang bermanfaat sikit. Cuma diingatkan janganlah bila dah bermula projek kata 'aku bz lah', 'banyak aku kena buat', 'alah...kitorang nie bukannya gi kursus pun', 'nak yang canggih-canggih'......macam-macam alasan.

Pada pandangan Alam bulan Ramadhanlah banyak perkara boleh buat. Kita juga boleh explore benda-benda baru yang berkaitan dengan tugasan kerjaya kita. Kita juga perlu muhasabah diri " apa yang kita laksanakan seharian dari jam 8pg - 5ptg". Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Sejauhmana kepakaran kita, kalau orang lain tak ada, mampukah kita buat sebagaimana yang diminta?

Jam dah pun tunjuk pukul 1 tengahari. Nak keluar ker tidak......alamak malas lah pulak.Tapi ade benda yang hendak dibeli lagi.....tak banyak satu sahaja. Tq to TT kerana call tadi, then ajak keluar kejap. Sempatlah juga beli.

Tanda Ingatan & Berbuka

Kad raya dihantar sebagai pengganti diri. Mungkin penggunaan kad raya sudah berkurangan pada hari ini. Penggunaan sms dan mms sebagai alternatif untuk menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada orang yang diingati. Bermaaf-maaf lah diantara satu sama lain menjelang hari lembaran yang akan kita sambut tidak lama lagi. Beberapa keping kad raya dibaca sebelum Majlis Berbuka Puasa dipejabat semalam.



Handsome tak? hi hi hi Alam berbaju biru



Kali ini duduk semeja dengan rakan2 dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Seksyen Kewangan. Hi hi hi......lama tak berborak dengan diorang semua.

Jalan-jalan di Maidin

Alam sempat jenjalan seketika di Maidin mencari barang-barang yang hendak dibawa pulang untuk hari raya + barang2 keperluan dirumah. Tima kasih Ijam temankan Alam.

26 September 2007

Ceria Petang Ini....


"Saya merajuklah.....awak nie"


"Saya pukul awak......"


"Ala......jangan merajuk lagi ya"

He he he...dah tak marah lagi

Terpaksa delete

Maaf, satu entri bertajuk "Dxxxxxxxxx" yang dimasukkan hari ini terpaksa di delete atas sebab-sebab keselamatan. Harap maklum.

Alam @ Cyberview Lodge Resort