16 April 2007

....seputih awan di angkasa





untuk semua

Untuk anda semua, senyumana Isnin yang lebih bersemangat.






maafkan saya

To my brother Dr. Wan,

Sorrylah tak kasi tau tentang percutian. Lagipun last minit punya planning. Mula-mula nak ke tempat lain, tapi diubah tempat. Jangan marah eik...nanti saya 'upload' tentang perjalanan itu.

Tengkiew.....




.....makan malam

sedikit coretan kisha makan malam yang lepas.....





....cerita makan malam





12 April 2007

Sarapan Orang Perlis

mungkin bagi yang tak biasa tinggal disini akan rasa pelik bila keluar bersarapan disini. kalau awal pagi, semua dah makan berat-berat. kali ini Alam keluar bersama kawan-kawan sepejabat dulu. Abg Chop, Abg Rohim dan Abg Burn. Aik...abg Burn, rambut sudah bertukar warna. He he he he....

Untuk sarapan pagi hari ini, Puan pun join kitorang sekaling. Antara menu pilihan Alam dan Puan, roti capati. Yang lain tuh, diorang makan cam biasa iaitu " Nasi bersama Gulai Ikan Kembong". Mula-mula terfikir nak makan, Gulai Itik tapi dah abis.




Gapura Square @ Padang Besar

Mula-mula rancang nak gie ke Padang Besar Thailand, tapi Puan takut. Kan sekarang banyak cerita tentang suasana di Selatan Thai. Jadi, kitorang pun ambil keputusan untuk ke Padang Besar, Perlis sahaja. Inilah kompleks beli belah yang dinamakan Gapura Square. Kesemua barangan yang dijual disini dari Thailand. Sama jugalah kalau ke Wang Kelian. Ada pasar sehari. Alam tak kesana sebab jauh. Tapi kelebihan di Wang Kelian, anda boleh masuk ke Thailand tapi +- jarak dari sempadan tidak melebihi 3 km.




Jalan-jalan @ Padang Besar

Teman my boss membeli belah di Kompleks ini. Amboi banyak yang puan shopping. Puan kata dia dah lama tak datang ke Perlis. Inilah peluang yang diambil sebaik mungkin.




...lama tak jumpa

Lama sungguh tak jumpa. Hampir setahun. Inilah Cik Zu. Kawan lama dari Perlis. Dulu dia antara orang kuat disana. Siapa yang tak kenal. He he he he....

Secara kebetulan jumpa pun, masa flight delay. Kitorang semua nak ke Alor Setar. Tetiba ada masalah teknikal sebelum berlepas. Jadi semua kena turun semula dari flight. Ada hikmahnya kot. Terjumpalah Cik Zu. Dia dulu S/U Sulit MB. Wow....popular tuh....

Now, she working at Putrajaya. Dimana tuh....cuba teka? Korang tengok warna pakaian dia pun dah tahu. Apa-apa pun hampeh untuk penerbangan MAS, kerana kelewatan penerbangan hampir satu jam 20 minit.




10 April 2007

....penuh.....



Dalam minggu lepas, memang penuh jadual kerja Alam. Sampai nak update blog pun tak sempat. Manalah nak update, duduk didepan komputer buat tugasan kerja. Akses internet pun, cari maklumat. Memang mencabar sungguh. Ada kisah duka, gembira, marah dan lawak. Perlahan-lahanlah Alam update blog ini. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi lagi mengujungi blog ini.