14 May 2010

Demam badminton melanda.

demam badminton melanda. nak menyaksikan live di stadium, tiket dah abis. jadi layan sahajalah di skrin besar di depan KBS ni.

Di sana di sini...Sekitar Hari Belia 2010







Rendang dan Ketupat

Rendang dan ketupat tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia. Makanan ini biasanya popular menjelang, semasa atau di hari perayaan terumanya Hari Raya. Akan dianggap tidak sah sekiranya tiada ketupat dan rendang di setiap rumah. Semperna Hari Belia 2010, terJustify Fulldapat satu gerai yang menjual rendang, ketupat, lemang dan acar buah. Yang bagusnya, ia boleh dirasa sebelum membeli. Syabas. Jom makan...

Ketupat Palas



Ketupat palas dan Rendang Tok.



Acar Buhan




Hari Belia 2010



Kanopi Putih memeriahkan Putrajaya disepanjang Presint 2 dan 3. Semuanya semperna Hari Belia Negara 2010 "Belia Kreatif dan Inovatif Pemacu Ekonomi Negara". Sempat singgah selepas selesai Solat Jumaat di Masjid Besi

01 May 2010

Ekspo Dunia 2010 Bermula

wow...hebat !!!



SHANGHAI 30 April - Tokoh- tokoh kenamaan dan pemimpin dunia berhimpun di bandar raya ini hari ini untuk menyaksikan upcara perasmian Ekspo Dunia 2010 yang berlangsung dengan gilang-gemilang, malam ini.

Ekspo yang berlangsung selama enam bulan itu bertujuan memaparkan kehebatan Shanghai sebagai pusat perdagangan China, tetapi turut membawa kepada kawalan keselamatan ketat dan tindakan ke atas penentang politik.

Presiden China, Hu Jintao mendahului senarai para pemimpin dunia dan tokoh kenamaan lain yang menghadiri upacara pembukaan bagi acara terbesar di negara ini selepas Sukan Olimpik Beijing 2008.

Pemimpin lain yang hadir ialah Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy; Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan Presiden Suruhanjaya Eropah, Jose Manuel Barroso.

Ekspo tersebut dibuka kepada orang ramai mulai esok dan dijangka menarik 70 juta pengunjung ke pavilion-pavilion dari hampir 200 negara sebelum berakhir pada Oktober ini.

Media Hong Kong melaporkan, antara selebriti yang membuat persembahan termasuk pelakon Jackie Chan, pemain piano Lang Lang, bintang opera Andrea Bocelli dan aktres Halle Berry.

Kawalan keselamatan di bandar raya ini diperketatkan lagi hari ini. Tapak Ekspo yang terletak di tepi sungai ditutup kepada orang ramai, kecuali sebilangan kecil pekerja, wartawan, dan tokoh kenamaan sementara sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara.

Anggota polis ditempatkan di setiap sudut jalan di kawasan itu sementara pasukan keselamatan di hotel dan stesen kereta api bawah tanah menghendaki semua beg dan bungkusan melalui tapisan X-ray.

China membelanjakan sebanyak 28.6 bilion yuan (RM13.44 bilion) untuk menganjurkan Ekspo itu, dan berbilion-bilion yuan lagi untuk kerja menaikkan taraf bandar raya ini yang mempunyai 20 juta penduduk.

Bangunan dicat baru serta lebuh raya, landasan kereta api bawah tanah dan terminal lapangan terbang baru semuanya mengisytiharkan status baru China sebagai gergasi perindustrian yang moden dan semakin kaya. - AP

Fokus Kreativiti, Penciptaan Semula

SELAMAT HARI PEKERJA


KUALA LUMPUR 30 April – Datuk Seri Najib Tun Razak mengesa para pekerja negara ini supaya menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus tahun ini dalam usaha meningkatkan produktiviti dan transformasi ekonomi negara.

“Dengan menginovasi produk dan proses merangkumi semua sektor ekonomi, kita mampu meningkatkan kekayaan dan daya saing di peringkat dunia supaya kita juga mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara ternama seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Finland,” kata Perdana Menteri dalam amanat Hari Pekerja 2010 di sini hari ini.

Najib berkata, walaupun terdapat pelbagai jalan berbeza untuk mencapai kejayaan menginovasi, mendapatkan, memupuk dan mengekalkan bakat terbaik adalah satu daripadanya sementara melabur di dalam industri masa hadapan juga perlu dilakukan.

“Apa pun kaedahnya, saya menggalakkan anda semua untuk menjadikan kreativiti dan penciptaan semula sebagai fokus anda bagi tahun ini. Marilah kita sama-sama berani melakukan kelainan dan lihat hasilnya,” katanya.

Najib turut melahirkan kekagumannya dengan daya cipta Jepun semasa mengadakan lawatan ke loji kitar semula di negara itu semasa lawatannya ke negara matahari terbit itu minggu lepas.

“Teknologi termaju mereka dalam bidang alam sekitar dan tenaga boleh diperbaharui sememangnya benar-benar mengagumkan,” katanya.

Najib berkata, semasa lawatan Perdana Menteri Finland, Matti Vanhanen ke Malaysia dua hari lepas pula membuatnya teringat kejayaan negara itu untuk menginovasi seperti pencapaian Nokia yang merupakan satu jenama yang tidak asing di negara ini.

Perdana Menteri berkata, pada tahun lepas beliau menekankan aspek pencapaian luar biasa para pekerja Malaysia dalam bidang sosial dan ekonomi dan usaha mereka telah menarik perhatiannya.

“Namun saya percaya kita perlu terus meningkatkan usaha jika berhasrat untuk menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi,” katanya.

Beliau berkata status ini amat perlu jika rakyat mahu menikmati antaranya taraf hidup yang lebih baik, peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pembangunan rangkaian keselamatan sosial. – BERNAMA