29 December 2009

Senior junior

Hahahaha...gabungan antara senior dan junior. Subjek yang paling banyak kena membaca dan membaca dan terus membaca.





21 December 2009

Pohonlah Keampunan Dan Kemaafan Sebelum Terlambat

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.”

Riwayat Bukhari

Pengajaran hadith:

i) Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.

ii) Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha’kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.

iii) Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak

Sumber : JAKIM

20 December 2009

Minum petang dulu...

pekena cup cake comel dar ole-ole kenduri kahwin. sedap pekena dgn kopi panas.

tarik sana, tarik sini...

menuju destinasi, tarik sana tarik sini.



17 December 2009

Selamat Penyambut Maal Hijrah 2009

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu, mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar islam
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman
Untuk sepanjang zaman…!!


Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram Ini adalah suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah SAW memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.

Doa akhir tahun hendaklah dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah



Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun.”


Doa Awal Tahun


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.
Bertemakan “Menjana Ummah Gemilang” diharapkan ia memberi sinar baru untuk semua, Insyallah.

13 December 2009

MUSC Drag Challenge, Cyberjaya

semalam sempat singgah di sini dari LCCT, tengok moto-moto kecil lumba. selalu ada event di sini. syok juga sekali sekala tengok.



Ku Sujud Di Sini

Alhamdulilah, selesai Solat Maghrib. Walaupun surau ini kecil, tapi ia dimanfaat oleh ramai orang luar samada daripada Negara Timur Tengah, Indonesia dan Bangladesh. Penduduk setempat agak kurang.


07 December 2009

MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Conference @ KL

MSC Malaysia Kre8tif Digital Content Conference, The Royale Chulan Hotel, KL

Pre-event today !

Master Class #1 : Weapons of Mass Creations: Challanges and Opportunities in Production Using Maya Composite

Master Class #2 : Case Study, Golden Compass : Rhythm & Hues's VFX Production

Master Class # 3 : John Stevenson : Making of Kungfu Panda

06 December 2009

30 November 2009

MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference


MSC Malaysia Kre8tif! Digital Content Conference
Mon, 7 December 2009 to Wed, 9 December 2009
From 09:00 AM - 11:45 PM
The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur

Majlis Korban @ Masjid Taqwa 2009