29 August 2008

la....lepak situ lagi?

isk...isk...isk...banyak gosip ker? hehehhe. alam terserempak lagi dgn diorang ni.


28 August 2008

rehat seketika

dua sahabat rehat seketika ditepi kolam setelah penat bekerja

"lama tak update?"

banyak tugasan yang wajib diselesaikan. penat memang penat, tapi satu cabaran.

24 August 2008

Jatuh Cinta Lagi

pertama kumelihatmu bergetar rasa hatiku
berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika kumelihatnya berdetak-detak di dada
mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya

dia atau dia, kupilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
aku jatuh cinta kepada setiap wanita
jatuh cinta lagi
lagi-lagi ku jatuh cinta
harus bagaimana ku ingin memikirkannya

layaknya seorang pria ku coba untuk setia
mencintai satu wanita tetapi aku tak bisa

dia atau dia, yang harus ku cinta
aku pusing untuk memilihnya

dia atau dia, kupilih yang mana
aku pusing untuk memilihnya

19 August 2008

membaca dokumen

banyak dokumen yang perlu dibaca dengan rapi sebelum dibuat perubahan. aduh, pening kepala nie. baca yang ini, rujuk yang itu, ubah yang ini, cadang yang itu.

17 August 2008

..bunga raya

"Perpaduan Teras Kejayaan"
Selamat Menyambut Sambutan Bulan Kemerdekaan 2008

Selamat Menyambut Nisfu Sya'ban

Buat pertama kali Surau disini membuat Sambutan Nisfu Sya'ban untuk ahli kariah. Alhamdulilah ramai yang datang.



Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)


Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:


Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

makan-makan

jumaat yang lepas, majlis makan-makan dianjurkan oleh Yati and the geng. dari seorang ke seorang sehinggalah mendapat sambutan. makan-makan diadakan untuk mengeratkan kerjasama antara ahli baru dan lama. kesemua anggota dikehendaki masak sendiri. alam & shahrul pun tak ketinggalan membuat agar-agar buah-buahan. tapi yang tak best, linda dan pn. noraini tak ada pada majlis ini. disamping itu, semangat gotong royong untuk 5S kemaskan meja masing-masing dimulakan. jom kemas pejabat selepas ini.


















13 August 2008

emm....

banyak betul kena siapkan. sudah sampai dateline. boss dok tanya nie.




12 August 2008

Pertunjukan Bunga Api Putrajaya 2008

malam ini Putrajaya disinari dengan percikan bunga api. kali ini persembahan pembukaan daripada negara Malaysia. jom tengok negara lain pula selepas ini.






penentu

hampir seharian berbincang pelbagai isu untuk diselaraskan. mula dr jam 9.30 pagi sehinggalah jam 3.00 ptg. tarikh keramat 14 dan 15 Ogos 2008. kemuncaknya pada 9 September 2008. aduh lapar siot kerana tak sempat nak makan tengahari. abg, sorrylah cheq tak dapat pi lunch sekali tadi.



11 August 2008

perjalanan

Masih lagi dalam apa yang dirancang. Banyak yang belum dilaksanakan. Walaupun pelbagai cara telah diberi, namun semuanya seolah2 tiada perkembangan. apa yang perlu aku lakukan lagi?



09 August 2008

Jom Makan...Waroeng Penyet

jom makan-makan disini. kali ini di Waroeng Penyet di The Curve. citarasa tradisi masakah indonesia. sedap dan harga amat berpatutan.








Selamat Berhujung Minggu

ceria-ceria, selamat berhujung minggu.


08 August 2008

Kinchan Goreng



888

banyak peristiwa penting berlangsung pada hari ini semperna 08.08.08. sukan Olimpik Beijing bermula pada hari ini.




dengan diasak dengan pelbagai soalan, pada tarikh ini jugalah dia menjawab dengan lebih teratur dan teliti. provokasi & soalan2 cepu emas ditanya berasak-asak, tutur bicara jawapan disusun dengan teratur tanpa sebarang masalah. dilemparkan senyuman yang ringkas menghalang segalanya.

alhamdulilah.

07 August 2008

makan malam

lapar,lapar dan lapar. apa lagi, makan malam kali ini ChaOm yang sediakan. sure Yati dan rakan-rakan nak tgk. simple ajer, ikan goreng dan sambal. bolehlah ala-ala orang bujang.


alam pula sediakan pencuci mulut yang simple juga. boleh makan sambil tgk tv.

Posted by Picasa