







Abis ajer berbuka, terus ke Mesjid Hijau solat Maghrib, Isyak dan solat Terawikh. Ruangan mesjid luas dan imam pun express, tak ler penat sangat. Amin.....
Sambil dok kira-kira angka, rasa jelouslah pula tengok kawan-kawan yang sembang-sembang. Huh...ader sahaj cerita. Nak sembang pun biarlah berpada-pada. Jangan kang ader yang tegur. Apa kata bila 'free' tu buat sesuatu kerja yang bermanfaat sikit. Cuma diingatkan janganlah bila dah bermula projek kata 'aku bz lah', 'banyak aku kena buat', 'alah...kitorang nie bukannya gi kursus pun', 'nak yang canggih-canggih'......macam-macam alasan.
Pada pandangan Alam bulan Ramadhanlah banyak perkara boleh buat. Kita juga boleh explore benda-benda baru yang berkaitan dengan tugasan kerjaya kita. Kita juga perlu muhasabah diri " apa yang kita laksanakan seharian dari jam 8pg - 5ptg". Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Sejauhmana kepakaran kita, kalau orang lain tak ada, mampukah kita buat sebagaimana yang diminta?
Jam dah pun tunjuk pukul 1 tengahari. Nak keluar ker tidak......alamak malas lah pulak.Tapi ade benda yang hendak dibeli lagi.....tak banyak satu sahaja. Tq to TT kerana call tadi, then ajak keluar kejap. Sempatlah juga beli.
Kali ini duduk semeja dengan rakan2 dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Seksyen Kewangan. Hi hi hi......lama tak berborak dengan diorang semua.